Monday, December 23, 2013

Huraian 7 Elemen Muzik

RITMA / IRAMA

Irama di dalam bahasa Greek adalah 'mengalir' atau dalam bahasa Greek Moden, 'gaya' ialah kelainan penekanan bunyi-bunyi atau peristiwa-peristiwa lain yang berkait dengan berlangsungnya masa. Irama melibatkan pola-pola jangka masa yang wujud pada tahap yang luar biasa dalam muzik, dengan jangka masa dikesan melalui jarak waktu interonset. Apabila ditentukan oleh peraturan ini, irama dipanggil meter. Irama wujud dalam mana-mana satu perantara bersandar masa, tetapi ia paling berkait dengan muzik, tarian, dan kebanyakan puisi. Irama merangkumi faktor detik,meter, tekanan, tempoh masa ( duration ) dan tempo. Irama terbentuk daripada susunan bunyi.

Kajian irama, tekanan, dan nada dalam pertuturan dipanggil prosodi; irama adalah salah satu topik dalam linguistik. Semua ahli muzik, pemain muzik, dan penyanyi menggunakan irama, tetapi irama sering dianggap sebagai domain utama pemain dram dan pemain genderang.

‘Rhythm section’ adalah persoalan instrumentasi dan susunan muzik. Ianya motivate lagu dan ritma pula motivate melody dan inilah fungsi ritma. Sejauh mana keberkesanannya tetap bergantung kepada keinginan dan kefahaman individu yang berkarya. Perasaan individu kekal sebagai unsur utama. Perasaan ini pula kadangkalanya datang tanpa kefahaman, ini biasa terjadi tetapi inilah juga masalahnya. Kita gagal untuk mengenalpasti antara keperluan dan kebebasan berkarya. Ini bukan persoalan genre muzik atau teknik-teknik tipikal, tetapi ini fundamental. Asas yang kukuh dengan idea yang jelas serta perasaan yang tulus pasti akan memberi hasil yang lumayan.

HARMONI

Harmonium atau pun Harmonika ialah nama yang berinti kata daripada harmoni. Kita tidak pernah mendengar instrumen yang diberi nama ‘melodium-melodi’ atau ‘ritmanika-ritma’ mahupun ‘temponium-tempo’. Justeru, elemen harmoni ini telah memberi isyarat jelas tentang keistimewaannya dalam muzik. Instrumen-instrumen ini pada asasnya dimainkan dengan mengikut melodi yakni bersama-sama dengan nyanyian vokal. Permainannya akan memberi kesan harmoni kepada ditelinga kita, ia bagaikan bingkai pada melodi. Maka kesan bunyi solo akan mati dan timbul garis bunyi duo atau lebih yang menjadi penarik dalam lagu. Perhatikan ( dengar ) lagu-lagu Zapin mahupun Ghazal, mainan harmoniumnya meransang sekali. Begitu juga dengan lagu-lagu Country dan Blues, harmonikanya mengkhayalkan telinga. Harmoni merupakan penghubung di atas ‘pergerakkan’ sistem kod (chord), ‘paduan’ diantara nada-nada bunyi.

Dalam pengetahuan umum masyarakat kita, apabila disebut tentang harmoni ianya sering dirujuk dengan lagu-lagu patriotik. Mengapakah fenomena ini terjadi? Telah dijelaskan fungsi harmoni dalam komposisi lagu, iaitu ‘paduan suara-suara’. Elemen ini hanya akan lebih efektif apabila digubah dengan komposisi lagu berbentuk ‘folk music’ atau lagu rakyat. Lagu rakyat tidak semestinya lagu patriotik. Lagu patriotik diberi nama kerana kesan nyanyiannya iaitu memberi semangat kebangsaan secara khusus, itulah patriotik.

MELODI

Dalam sesebuah karya muzik, melodi menjadi ‘nyawa’ karya tersebut. Tanpa melodi tidak mungkin wujudnya sebuah lagu. Pada melodilah tempat segala cerita diceritakan dan  disitulah letaknya suara penyanyi, nafas, lirik, tenaga dan attitude lagu secara keseluruhannya. Elemen-elemen lain bertindak sebagai penyokong cerita, sama pentingnya tetapi keutamaan yang berbeza.

Pada umumnya kita memahami melodi itu dalam bentuk yang dinyanyikan oleh penyanyi dan berlirik. Namun ada kalanya melodi ini hanya bersifat bunyi-bunyian sahaja atau dengan maksud lain ialah komposisi. Bagi nyanyian berlirik yang digubah semula menjadi melodi bunyi semata-mata, namanya ialah instrumental. Bagaimana hendak membezakan antara melodinya dengan elemen lainnya? Melodi boleh berdiri dengan sendiri tanpa irama, tempo tertentu atau lain-lain elemen. Tetapi elemen-elemen seperti ritma, tempo tidak akan sanggup berdiri sepertimana berdirinya melodi. Buktinya, kita boleh bersiul bersahaja tanpa bantuan sebarang instrumen lain, masih boleh berhibur, sedangkan untuk mendapatkan elemen selain dari melodi, kita harus mempunyai instrumen setidak-tidaknya bertepuk tangan atau memetik jari dan ia juga terikat pada disiplin-disiplin tertentu iaitu masa.

Penciptaan dan pengolahan melodi merupakan proses utama dalam penghasilan sesebuah karya. Ia memberi kesan terus kepada penghasilan lirik, tempo, mood dan seterusnya kepada gubahan muzik secara keseluruhannya. Jadi, apabila proses utama ini tidak disokong oleh kesedaran intelek yang jelas, maka keseluruhan karya akan turut kabur bentuk dan arahnya. Melodi memberi lebih nilai pada lirik, lirik tanpa nada akan tawar makna dan nilainya. Ia merupakan ‘sense’ yang menjadi alat, samaada sesuatu melodi itu sesuai, disenangi atau tidak dikalangan umum. Maka, proses utama ini sangat kritikal jika kita sedar tentang nilai intelek pada insan komposer dan kerjanya.

DINAMIK

Dinamik adalah lanturan dang red muzik kuat dan perlahan. Peringkat dinamik seiring dihuraikan daripada emosi. Dinamik yang menggambarkan mood yang beremosi adalah lebih berbentuk semulajadi.

Dinamik yang berbentuk kuat merangkumi vigor turmoil, konflik, volor atau march. Dinamik berbentuk ataupun lebih lembut lebih ke arah ketenangan, kecintaan dan lagu kanak-kanak yang berbentuk perlahan. Dinamik yang tersasar memberi kesan yang tidak efektif dan tidak logik untuk emosi seseorang.
.
Dinamik merupakan salah satu faktor di dalam pengulangan, variasi dan proses yang bertentangan di dalam muzik yang mana menyumbang pada pembentukan melodi itu sendiri dan kepada emosi di dalam muzik. Dinamik harus ada flow dan direction.

Bunyi boleh dibentuk melalui pitch, duration, amplitude dan timbre. Empat perkara inilah yang menjadi elemen bunyi yang bisa digunapakai oleh manusia dalam hidupnya. Untuk membentuk bunyi perlu pendengaran yang tajam dan kehalusan idea muzik. Di sinilah titik perbezaan antara bunyi mesin dan bunyi dari sentuhan manusia iaitu sentuhan dengan rasa.

Satu bunyi dari satu not ( tidak kira tinggi atau rendah ) yang mengikut dinamik iaitu dari senyap dan berkembang kuat dan menguncup kembali akan memberi kesan perasaan turun dan naik secara tersusun dan kemas. Pujukkan ini memberi memotivasikan pendengar menghayati keindahan mahupun kisah dalam sebuah karangan muzik.

BENTUK

Kadangkala, bentuk muzik ini terolah dengan sendirinya, iaitu pada ketika melodi sedang dikarang. Bagaimana ini boleh berlaku? Inilah yang dikatakan seni, setiap inci pergerakkan melodi sudah punya naratif, " sudah sedia ada kata golongan naturalis! ", dibelakangnya pula punya seribu satu pola motif rekaan yang ‘hidup’. Setiap naratif melodi akan terus meransang rasa dan idea. Maka, inilah yang dikatakan dengan ilham sudah punya petanya, arahnya dan bentuknya.

Dalam disiplin gubahan lagu, bentuk ini adalah elemen yang boleh disusun tanpa perlu mengikut tertib proses gubahan sama ada muziknya dahulu atau melodinya. Ini kerana proses membentuk melodi saling berreaksi dengan gubahan muzik. Intronya, pengulangan versanya, korusnya dan yang lain akan sentiasa dibentuk sedikit demi sedikit. Proses ini tiada disiplin khusus yang wajib diikuti. Oleh kerana itu, bentuk muzik boleh berubah disaat-saat akhir sebelum rakaman mahupun persembahan. Binary atau Ternary bentuk lagu terletak pada kesesuaian dan hala tuju muzik dalam genrenya.

Perkembangan bentuk lagu dan muzik sentiasa berjalan selari dengan kreativiti dan idea manusia. Lihat bagaimana Isabella dibentuk semula dengan muzik orkestra, selain dari vokal dan bunyi instrumen yang berbeza. Ia tetap menarik kerana di samping form enhancement, melodi dan bentuk asal lagu masih dikekalkan. Ia dapat memikat hati pendengar hingga kini. Istimewanya muzik klasik yang single idea, peranan elemen dinamik diutamakan dan kemas sekali, selain kerana melodi yang sememangnya enak, dinamik pada muziknya telah memberi watak untuk menaratifkan idea muzik dari awal ke akhir. Rhythm flow yang meransang.

Dengan bentuk, mudah bagi kita memahami dan mengenali perbezaan antara lagu. Dengan bentuk, akal mudah menerima, jiwa mudah merasainya, mudah pula menyanyikannya bersama-sama.

TEMPO

Tempo punya peranan yang amat besar. Ia begitu tersunyi fungsinya dalam persembahan lagu. Tempo adalah sebahagian faktor yang diperlukan oleh para pejuang kebenaran dalam setiap zaman. Tiada tempo tiada momentum maka tiadalah arus. Dengan tempo, sifat-sifat pelakunya akan mudah kelihatan. Tidak kira apa jua hadlaju muzik itu harus berada dalam temponya. Tidak kira deras, lambat, ketat atau longgar semuanya harus dalam tempo.

TEKSTUR

Tekstur adalah berkaitan dengan jalinan lapisan-lapisan suara dalam sesebuah lagu. Tekstur lagu boleh jadi nipis atau tebal bergantung kepada bilangan lapisan suara atau bunyi yang terdapat dalam sesebuah gubahan.
Ciri-ciri jalinan suara dalam lagu:
- Monofoni
- Heterofoni
- Homofoni

- Polifoni






Definisi Muzik

DEFINISI MUZIK:
     BUNYIAN YANG DISUSUN SECARA SISTEMATIK DAN MEMPUNYAI KUALITI TERSENDIRI.

MUZIK YANG BERKUALITI:
     PENYUSUNAN KONSEP MUZIK YANG BETUL DAN TERPERINCI.
KONSEP MUZIK MERANGKUMI 7 ELEMEN UTAMA:
  •       IRAMA
  •       MELODI
  •       HARMONI
  •       WARNA TON  
  •       TEKSTUR 
  •       BENTUK  
  •       EKSPRESI