Thursday, May 9, 2013

TINGKAH LAKU DISTRUPTIF


            Tingkah Laku Distruptif merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan orang lain.  Ia juga dikenali sebagai tingkah laku mengahalang atau mengganggu.  Kerr & Nelson (1998) dalam Nora Mislan (2007) pula menyatakan perlakuan disruptif sebagai apa sahaja perlakuan yang mengganggu proses pembelajaran yang sedang berlangsung di dalam bilik darjah. Cara-cara tingkah laku disruptif ini termasuklah untuk mendapat perhatian tidak kira positif atau negatif, mengelak dari melakukan tugasan, berkelakuan agresif dan kasar.

            Tiwi Kamidin (2004) menjelaskan bahawa individu yang mempunyai tingkah laku disruptif akan sentiasa menganggu dan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajarandan pembelajaran. Tingkah laku menganggu ini bukan sahaja berlaku di dalam bilik darjah tetapi juga di luar bilik darjah sama ada terhadap adik beradik atau rakan sebaya. Jika tidak dikawal, tidak mustahil tingkah laku tersebut membawa kepada tingkah laku distruktif dan aspek balas dendam, tidak puas hati dan sebagainya. 

            Terdapat enam jenis tingkah laku distruktif iaitu hiperaktif, terlalu membuat bising, pergerakan melampau, menganggu rakan sebaya, gelak terbahak-bahak serta menunjukkan keagresifan fizikal seperti tolak-menolak. 
§  Hiperaktif – kelakuan atau bertingkah laku yang tersangat agresif
§  Kelakuan nakal – suka menggangu kawan-kawan, membuli atau menyakat kawan-kawan sekelas.
§  Bising – menganggu ketenteraman bilik darjah, banyak bercakap .
§  Bergerak sesuka hati – suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran, berjalan-jalan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlaku, melakukan aktiviti yang disukai bila-bila masa.
§  Ketawa kuat – ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya
§  Agresif secara lisan / fizikal – menggunakan kata-kata kasar, lucah, kurang ajar, tidak sopan.

Mengikut Despert ( 1965 ), kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi ‘ neurotic ‘ atau ‘ psychotic  dapat dikenali melalui gaya kelakuannya yang jahat, selalu membuat salah, melawan, ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil.




No comments:

Post a Comment