Thursday, May 9, 2013

TINGKAH LAKU DISTRUKTIF


            Tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri, sekolah dan masyarakat.  Ia juga dikenali sebagai tingkah laku antisosial.  Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah tingkah laku berbentuk jenayah. Di dalam sebuah sekolah, ia lebih difokuskan kepada masalah disiplin. Tingkah laku murid sebegini harus diberi perhatian khusus oleh guru-guru rendah kerana bibit-bibit jenayah pada peringkat ini jika dibiarkan akan menular dan merebak dan menjadi masalah besar pada peringkat akan datang.  Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai “ the potential influence of student’s free will “.

Tingkah laku distruktif terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :
§  Permusuhan nyata – suka bergaduh, berlawan, bertumbuk, mencari pasal dengan mana-mana murid terutama rakan sebaya.
§  Vandalisme – suka merosakkan harta benda awam seperti menconteng dinding menggunakan pen, pensil, marker atau tapak kaki, mematahkan alat pengepam tandas, memecahkan kerusi atau meja di dalam bilik darjah, menggores atau menconteng meja.
§  Kumpulan liar – terlibat dengan kumpulan tidak bermoral
§  Klik – mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang  mempunyai perangai atau tabiat yang sama tetapi lebih kepada tingkah laku tidak baik
§  Geng – menubuhkan kumpulan tertentu di dalam sekolah, kumpulan yang ditakuti atau digeruni oleh murid-murid lain, bertindak membuli atau menakut-nakutkan murid-murid lain.

Ciri-ciri pelajar yang distruktif boleh dikenal pasti melalui dua cara iaitu secara lisan dan secara fizikal.  Ciri-ciri pelajar distruktif  secara lisan ialah memberi arahan secara kasar kepada orang lain, mengejek dan mengkritik kerja orang lain. Manakala ciri-ciri pelajar yang distruktif secara fizikal pula ialah menendang, memukul, meludah, menggigit, merampas, melempar dan bergaduh. Contohnya di dalam Kelas 4 Gemilang, pasangan kembar Nabilla dan Natasha menunjukkan tingkah laku bermasalah disruktif apabila mereka saling bersaing dan bergaduh sesama mereka semata-mata untuk menarik perhatian guru.

Tiwi Kamidin (2004), berpendapat bahawa tingkah laku distruktif sering berlaku dikalangan pelajar berusia 10 hingga 15 tahun. Kebiasaannya tingkah laku distruktif dikalangan pelajar pada usia 15 tahun dianggap membahayakan kerana berkemungkinan besar mengakibatkan kecederaan pada individu yang dimusuhi. Sekiranya melibatkan klik, ia akan menyebabkan kes gangsterisme seperti kejadian pukul bukan sahaja didalam bahkan di luar sekolah. Hal ini mungkin berpunca daripada konflik keluarga, terpengaruh dengan suasana persekitaran, keganasan yang dilihat daripada televisyen,bergaul dengan pelajar yang nakal yang bertujuan ingin mendapatkan perhatian




No comments:

Post a Comment