Thursday, May 9, 2013

IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN


Pada abad ke 21, perkembangan mendadak teknologi maklumat telah menjadi pemangkin utama proses pengglobalisasian dunia. Globalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali. Hal ini kerana kesan globalisasi  juga akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini berlaku kerana para pelajar mudah mendapat maklumat melalui internet. Maklumat yang disebarkan melalui internet sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris. Selain itu, cawangan universiti luar akan terus menjadikan bahasa Inggeris sebagai wahana dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini juga, sudah banyak IPTS yang telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal sebegini akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu walaupun sudah terbukti bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dalam semua bidang. Jika hal ini berlaku, bahasa Melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan usaha ke arah pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan bahasa Melayu akan terbantut.

     Kesan seterusnya yang akan timbul apabila masyarakat  membuat tanggapan negatif yang sering kita dengar tentang PTV yang sama ia merupakan sejenis pendidikan yang sesuai untuk pelajar yang lembab iaitu pelajar yang tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Anggapan ini bukan sahaja salah dari keadaan sebenarnya malahan ia akan memberi kesan terhadap minat pelajar untuk mengikuti PTV. Pendidikan telah menaikkan taraf sekolah vokasional kepada sekolah teknik dan vokasional. Di
mana pelajar-pelajar yang layak memohon perlu sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pelajar-pelajar lepasan sekolah teknik dan vokasional ini seterusnya diberi peluang menyambung pelajaran mereka ke politeknik atau IPT.
Menuju kearah negara perindustrian, di mana banyak kilang dan sektor pembinaan memerlukan tenaga mahir. Oleh itu, mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang amatlah cerah. (Sufean Hussein (1996).

Menurut  Hussain Mohamed (1998) Globalisasi menyebabkan pendidikan negara lebih terbuka kepada dunia luar samada untuk belajar mahupun menubuhkan cawangan universiti mereka di negara kita. Hal ini selaras dengan keinginan menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Dunia. Penubuhan cawangan oleh universiti luar di negara kita merupakan satu persaingan yang sihat, namun Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan masih belum bersedia untuk menghadapi situasi ini. Para pelajar sudah tentu akan memilih universiti luar yang terkemuka demi pasaran kerja mereka. Hal inilah yang berlaku dalam realiti sebenar apabila graduan IPT diluar negara menjadi graduan kelas kedua. Contoh yang ada sekarang jelas menunjukkan kemahiran yang ada pada mereka digunakan untuk tujuan negatif seperti pecah amanah, memindahkan duit orang lain ke dalam akaun sendiri dan berbagai-bagai lagi. Malah anjakan paradigma juga dapat dilihat dalam konteks pendidikan dan latihan teknik dan vokasional melalui perubahan dan perkembangan yang berlaku dari masa ke semasa. Penganjakan paradigma ini berlaku dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan itu sendiri. Sebagai contoh, di dalam petikan rencana “Pendidikan Sebagai Satu Industri” dalam Dewan Masyarakat ada mengatakan bahawa, “Selepas kemerdekaan sistem pendidikan negara telah melalui banyak perubahan. Bermula dengan dasar untuk menyediakan peluang belajar kepada setiap rakyat, dunia pendidikan kita berkembang pesat dan kompleks. Matlamatnya juga sudah melewati dimensi baru dan lebih daripada sekadar memberi ilmu kepada masyarakat”.

Kesimpulannya, semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini dan bersedia dengan langkah yang komprehensif. Kita tidak boleh mengelak daripada menghadapi globalisasi kerana tanpanya kita akan terus ketinggalan. Oleh itu, kita perlu bersedia untuk mengatasi sebarang cabaran yang wujud daripada fenomena globalisasi ini. Bagi sains, teknologi dan kejuruteraan sebenarnya mempunyai perbezaan tetapi saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan. Tumpuan yang keterlaluan pada salah satu hujungnya akan meruntuhkan ketiga-tiga bidang ini. Jika Malaysia ingin menjadi negara industri yang sihat dan kukuh ia perlu mempunyai keupayaan kejuruteraan yang tinggi dan sains asas yang kukuh serta pengaliran pengetahuan yang lancar diantara kedua-duanya.




CONTOH REKOD ANEKDOT



REKOD ANEKDOT

NAMA MURID                      :                                                                       UMUR                        :
JANTINA                               :                                                                      

TARIKH PEMERHATIAN   :
MASA                                     :                       HINGGA       
TEMPAT                                :

TUJUAN PEMERHATIAN

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       



PERISTIWA YANG DIPERHATIKAN

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               



ULASAN

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                




TINGKAH LAKU DISTRUPTIF


            Tingkah Laku Distruptif merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan orang lain.  Ia juga dikenali sebagai tingkah laku mengahalang atau mengganggu.  Kerr & Nelson (1998) dalam Nora Mislan (2007) pula menyatakan perlakuan disruptif sebagai apa sahaja perlakuan yang mengganggu proses pembelajaran yang sedang berlangsung di dalam bilik darjah. Cara-cara tingkah laku disruptif ini termasuklah untuk mendapat perhatian tidak kira positif atau negatif, mengelak dari melakukan tugasan, berkelakuan agresif dan kasar.

            Tiwi Kamidin (2004) menjelaskan bahawa individu yang mempunyai tingkah laku disruptif akan sentiasa menganggu dan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajarandan pembelajaran. Tingkah laku menganggu ini bukan sahaja berlaku di dalam bilik darjah tetapi juga di luar bilik darjah sama ada terhadap adik beradik atau rakan sebaya. Jika tidak dikawal, tidak mustahil tingkah laku tersebut membawa kepada tingkah laku distruktif dan aspek balas dendam, tidak puas hati dan sebagainya. 

            Terdapat enam jenis tingkah laku distruktif iaitu hiperaktif, terlalu membuat bising, pergerakan melampau, menganggu rakan sebaya, gelak terbahak-bahak serta menunjukkan keagresifan fizikal seperti tolak-menolak. 
§  Hiperaktif – kelakuan atau bertingkah laku yang tersangat agresif
§  Kelakuan nakal – suka menggangu kawan-kawan, membuli atau menyakat kawan-kawan sekelas.
§  Bising – menganggu ketenteraman bilik darjah, banyak bercakap .
§  Bergerak sesuka hati – suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran, berjalan-jalan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlaku, melakukan aktiviti yang disukai bila-bila masa.
§  Ketawa kuat – ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya
§  Agresif secara lisan / fizikal – menggunakan kata-kata kasar, lucah, kurang ajar, tidak sopan.

Mengikut Despert ( 1965 ), kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi ‘ neurotic ‘ atau ‘ psychotic  dapat dikenali melalui gaya kelakuannya yang jahat, selalu membuat salah, melawan, ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil.




TINGKAH LAKU DISTRUKTIF


            Tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri, sekolah dan masyarakat.  Ia juga dikenali sebagai tingkah laku antisosial.  Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah tingkah laku berbentuk jenayah. Di dalam sebuah sekolah, ia lebih difokuskan kepada masalah disiplin. Tingkah laku murid sebegini harus diberi perhatian khusus oleh guru-guru rendah kerana bibit-bibit jenayah pada peringkat ini jika dibiarkan akan menular dan merebak dan menjadi masalah besar pada peringkat akan datang.  Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai “ the potential influence of student’s free will “.

Tingkah laku distruktif terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :
§  Permusuhan nyata – suka bergaduh, berlawan, bertumbuk, mencari pasal dengan mana-mana murid terutama rakan sebaya.
§  Vandalisme – suka merosakkan harta benda awam seperti menconteng dinding menggunakan pen, pensil, marker atau tapak kaki, mematahkan alat pengepam tandas, memecahkan kerusi atau meja di dalam bilik darjah, menggores atau menconteng meja.
§  Kumpulan liar – terlibat dengan kumpulan tidak bermoral
§  Klik – mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang  mempunyai perangai atau tabiat yang sama tetapi lebih kepada tingkah laku tidak baik
§  Geng – menubuhkan kumpulan tertentu di dalam sekolah, kumpulan yang ditakuti atau digeruni oleh murid-murid lain, bertindak membuli atau menakut-nakutkan murid-murid lain.

Ciri-ciri pelajar yang distruktif boleh dikenal pasti melalui dua cara iaitu secara lisan dan secara fizikal.  Ciri-ciri pelajar distruktif  secara lisan ialah memberi arahan secara kasar kepada orang lain, mengejek dan mengkritik kerja orang lain. Manakala ciri-ciri pelajar yang distruktif secara fizikal pula ialah menendang, memukul, meludah, menggigit, merampas, melempar dan bergaduh. Contohnya di dalam Kelas 4 Gemilang, pasangan kembar Nabilla dan Natasha menunjukkan tingkah laku bermasalah disruktif apabila mereka saling bersaing dan bergaduh sesama mereka semata-mata untuk menarik perhatian guru.

Tiwi Kamidin (2004), berpendapat bahawa tingkah laku distruktif sering berlaku dikalangan pelajar berusia 10 hingga 15 tahun. Kebiasaannya tingkah laku distruktif dikalangan pelajar pada usia 15 tahun dianggap membahayakan kerana berkemungkinan besar mengakibatkan kecederaan pada individu yang dimusuhi. Sekiranya melibatkan klik, ia akan menyebabkan kes gangsterisme seperti kejadian pukul bukan sahaja didalam bahkan di luar sekolah. Hal ini mungkin berpunca daripada konflik keluarga, terpengaruh dengan suasana persekitaran, keganasan yang dilihat daripada televisyen,bergaul dengan pelajar yang nakal yang bertujuan ingin mendapatkan perhatian




JENIS TINGKAH LAKU POSITIF


Tingkah laku positif merangkumi :
  1. Proaktif ialah sifat yang berlawanan kepada reaktif.  Proaktif ialah seseorang yang sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke hadapan berbanding kawan-kawan yang lain.  Reaktif pula bermaksud lebih kepada menyalahkan orang lain, situasi, keadaan, perkara dan benda.  Ciri-ciri seorang yang proaktif ialah sentiasa tenang, bijak mengawal emosi, tidak mudah melenting mahupun 'meletup', berfikir sebelum bertindak, mengelak dari sikap suka mengeluh, yakin sentiasa ada pilihan selagi mana dia inginkannya, menganggap masalah sebagai cabaran, bertanggungjawab dan melihat aspek positif dalam musibah yang melanda.  Perbezaan antara orang proaktif dan reaktif ialah orang proaktif lebih banyak bertanya pada diri sendiri apa yang boleh dia buat, apa pilihan yang dia ada dan tindakan bagaimana yang boleh dilakukannya.  Sedangkan orang yang reaktif, lebih suka menuding jari kesalahan kepada orang lain, bukan dirinya sendiri.  Tingkah laku bermasalah bagi kanak-kanak proaktif ialah mempunyai sifat yakin diri, aktif dan suka bertindak atau mengambil inisiatif sendiri.  Selain itu, mereka terlalu yakin diri sehingga melakukan sesuatu yang berbahaya, tidak dengar nasihat guru atau bertindak dahulu tanpa mengikuti arahan atau tunjuk ajar guru.
  2. Cepat belajar ialah seseorang yang cepat menangkap atau ‘catch-up’ sesuatu perkara yang baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat. Mempunyai bakat cepat belajar biasanya menguasai maklumat, kemahiran dan ilmu pengetahuan lebih cepat daripada murid-murid normal.  Tingkah laku cepat belajar menjadi masalah apabila mereka gunakan masa lapang mengganggu murid-murid yang lain semasa belajar.
  3. Pintar cerdas ialah seseorang yang sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan berfikir.  Seseorang murid yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya.  Pintar cerdas bukan sahaja berasaskan kecerdasan tetapi juga merangkumi keupayaan intelek yang umum, kebolehan akademik, pemikiran kreatif dan produktif, kepimpinan, seni tampak dan lakonan serta keupayaan psikomotor.  Menurut kamus dewan pintar cerdas ditakrifkan sebagai cekap dan pandai, manakala cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal.  Menurut Susan K. Golant di dalam bukunya The Joys and Challenges Of Raising a Gifted Childs berpendapat, kanak- kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya. Pada umumnya pula pintar cerdas diertikan sebagai kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh individu.  Individu yang dikatakan pintar cerdas ini mempunyai dua kebolehan yang luar biasa memahami dan mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya.  Ciri-ciri bagi seorang yang pintar cerdas ialah seorang yang peramah dan suka bertanya kepada guru mengenai sesuatu perkara yang tidak difahami, kreatif terutamanya dalam menguasai kemahiran, dapat menggunakan barang ataupun peralatan yang biasa secara kreatif serta mempunyai daya imaginasi yang tinggi, aktif dan pelik.
  4.  Ingin tahu ialah sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu pekara yang dilihat.  Murid-murid yang mempunyai perasaan ingin tahu sentiasa mengemukakan soalan dan tidak penat berusaha mencuba.  Tingkah laku ingin tahu ini menjadi masalah apabila mereka mengganggu aktiviti pengajaran ataupun mencuba sesuatu yang membawa kerosakan, di samping membahayakan diri atau orang lain.






FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU


a)    Diri Murid
Melalui diri murid, ia dapat dilihat melalui beberapa aspek iaitu latar belakang murid, pengaruh keluarga, kerosakan psikologi dan sosio-ekonomi keluarga.
Menurut Haliza Hamza dan Joy Nesamalar Samuel (2008), menyatakan latar belakang murid dilihat berdasarkan asuhan yang diterima, taraf ekonomi keluarga, bilangan ahli keluarga, tempat tinggal, jiran, rakan sebaya dan media masa yang mempengaruhi sikap dan tingkah laku murid terhadap sekolah.  Misalnya, sesetengah ibu bapa bersikap sangat tegas terhadap anaknya.  Ada juga yang jarang menunjukkan sikap kasih sayang misalnya memegang tangan atau memeluk anaknya ketika anaknya menghadapi kesusahan.  Dengan cara ini akan mengakibatkan murid tersebut menimbulkan masalah disiplin di sekolah untuk menarik perhatian gurunya.
Pengaruh keluarga juga memainkan peranan bagi mengatasi masalah tingkah laku bermasalah.  Pekara ini berlaku apabila ibu bapa enggan bekerjasama dengan pihak sekolah untuk membimbing dan menasihati anak mereka.  Malah terdapat segelintir ibu bapa yang membantah tindakan yang diambil oleh pihak sekolah.
Menurut Saayah Abu (2009), maksud kerosakan psikologi ialah kerosakan dan kecacatan yang berlaku pada proses perkembangan serta kerencatan pada potensi perkembangan dan kreativiti kanak-kanak.  Apabila berlaku kerosakan, kecacatan dan kerencatan pada proses perkembangan, maka serta-merta ia akan menyebabkan kerosakan pada tingkah laku, fungsi kognitif, afektif dan fungsi fizikal kanak-kanak.
Kanak-kanak daripada keluarga bertaraf sosio-ekonomi rendah mungkin tinggal di kawasan yang sesak, rumah yang sempit dan perlu berkongsi bersama adik-adik yang ramai serta makanan dan peluang penjagaan kesihatan yang terhad.  Kadang kala kanak-kanak ini akan merasakan dirinya tidak diharapkan oleh guru-guru semasa di sekolah.  Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan merasakan dirinya tidak pandai, mempunyai perasaan rendah diri dan sukar bergaul dengan kanak-kanak lain.

b)    Keluarga
Faktor kekeluargaan pula boleh dilihat melalui tingkah laku ibu bapa, penceraian dan kesibukan bekerja. 
Gabarino, Gattman & Sealey et. al (1986), mengkategorikan lima tingkah laku ibu bapa yang dikira sebagai mendera emosi kanak-kanak iaitu penolakan, pengasingan, menakutkan, sikap tidak pedulidan merasuah fikiran.  Jika salah satu dari tingkah laku ini dilaksanakan di rumah, kanak-kanak didedahkan dengan suasana yang tidak sihat sehinggakan anak-anak hidup dalam suasana keji-mengeji dan kutuk-mengutuk sebagai kebiasaan dalam hidup seharian mereka.
Penceraian juga boleh menyebabkan tingkah laku bermasalah kanak-kanak terjadi.  Sekiranya kanak-kanak yang sentiasa hidup dalam kancah rumah tangga yang sering kali bercerai, maka tidak sempurna kehidupan mereka dan mempunyai risiko yang tinggi mendapat gangguan emosi pada masa akan datang.
Mengikut kajian yang dibuat oleh Prof. Madya Dr. Aminah Ayob mendapati kesibukan mencari rezeki menyebabkan ibu bapa tidak mempunyai cukup masa berkualiti dengan anak-anak.  Malah, kadang kala masalah yang dihadapi di tempat kerja akan dilepaskan terhadap anak-anak.



c)    Sekolah
Pada kebiasaannya, tingkah laku bermasalah yang berlaku berpunca juga daripada sekolah.  Ini kerana sekolah terlalu menekankan aspek mefokuskan kepada peperiksaan dan kurikulum yang terlalu padat.  Dengan keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak berasa tidak selesa untuk belajar di sekolah. 
Selain itu, faktor guru juga merupakan berlakunya tingkah laku bermasalah.  Guru kurang prihatin terhadap murid-murid, gaya kepimpinan guru serta kaedah dan bahan pengajaran guru.  Abd. Rahim bin Abd. Rashid (1999), menyatakan bahawa tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid adalah wujudnya proses ‘demoralizing’ di dalam kelas.  Demoralizing adalah proses yang meruntuhkan moral murid sehingga mereka merasakan diri tidak berguna, tidak dihormatidan tidak dihargai.
Menyentuh isu fizikal bilik darjah, Prof. Atan Long (1980), berpendapat bahawa keadaan dan suasana sekolah juga menimbulkan keadaan yang tidak selesa dan menyebabkan masalah tingkah laku berlaku.  Misalnya, kelas yang terlalu padat dengan alat kelengkapan yang tidak sesuai, cuaca panas, alat bantu mengajar yang tidak cukup dan gangguan dari luar boleh menimbulkan ketidakselesaan dan mengganggu kelancaran perjalanan kelas.

d)    Peperangan dan keganasan
Kanak-kanak yang membesar dalam suasana keganasan keluarga akan mengalami gangguan emosi atau berada dalam suasana cemas sepanjang masa.  Begitu juga dengan kanak-kanak dikelilingi dengan suasana peperangan.  Ini kerana mereka berada dalam ketakutan dan yang lebih memeritkan apabila mereka melihat ahli keluarganya dibunuh atau dicederakan di hadapan mereka.
 
e)    Masyarakat
Menurut Mok Soon Sang (2003), mengatakan masyarakat merupakan alam kehidupan manusia.  Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza mempengaruhi seseorang individu dari aspek sosio-emosi, personaliti dan mental.  Misalnya, masyarakat yang sihat mempengaruhi anggotanya dengan membentuk sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral dan beretika.

Menurut Hussein Mahmood dan Kamaruddin Abd. Rahman (1995) di dalam artikelnya bertajuk “Beberapa Pandangan dan Pendapat Berkaitan Punca-punca Timbul Masalah Tingkah Laku” iaitu Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia, menyatakan antaranya adalah seperti berikut :-
a)    Faktor Diri Murid
Menurut Duke (1980) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai “ the potential influence of student’s free will “.

Mengikut Rabven (1977) apabila murid-murid tidak berminat dalam mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-murid tersebut akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang telintas dalam fikiran mereka.

b)   Faktor Keluarga
Mengikut Parsona (1964) bahawa rumah adalah kilang menghasilkan peribadi manusia. Jika ibu bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang ini maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak bermoral.
Kajian-kajian Sandstorm (1968), Maslow, Combs, Kelly dan Rogers (1962) dan Bee (1975) menunjukkan bahawa perasaan ketegangan akan terluah sebagai perlakuan salah penyesuaian yang dilakukan di rumah dan di sekolah.
Menurut Hussein Mahmood (1980) mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar adalah masalah-masalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga.
Kajian Harbans Kaur (1982) dan K Kandiah (1982) mengenai “ Jevenile Delinquency ‘ mengesahkan bahawa hasil dari kajian mendapati pesalah laku bermasalah datangnya dari rumahtangga yang serba kekurangan.

c)    Faktor Masyarakat
Thrasher (1963) dan Whyte (1943) mengatakan apabila salah laku itu sudah menjadi kebudayaan kecil ( sub-culture ) di sesuatu kawasan itu maka individu-individu di dalamnya akan menyesuaikan diri dengan keadaan itu.

d)   Faktor Sekolah
Marimuthu (1980) menjelaskan terdapat perhubungan rapat di antara keadaan keluarga yang kucar kacir dengan perlakuan-perlakuan salah laku  di kalangan generasi muda.
Saiz sekolah juga memberi kesan kepada murid.  Sekolah yang besar atau keadaan bersesak-sesak mempunyai pertalian yang disignifikan dengan masalah tidak berdispilin
( Balley, 1971 dan Reynolds, 1977 )

Menurut Dunhill (1965) mendapati keadaan dalam kelas yang tidak dikelolakan dengan baik akan menimbulkan disiplin kerana keadaan demikian akan menimbulkan watak yang kurang baik di kalangan murid.

            Menurut Saadah binti Sumrah et. al (2008), mendapati faktor-faktor penyebab berlakunya masalah ingkah laku ialah :
                       i.        Faktor biologi
Faktor biologi berdasarkan genetik iaitu unit-unit baka yang diwarisi oleh ibu bapa kepada anak-anak.  Ia terkandung dalam kromosom sel manusia yang mengandungi kumin.  Kerosakan  gen ini akan menyebabkan kepada masalah jiwa.  Selain itu, terdapat juga hormon yang boleh menyebabkan manusia sentiasa tegang dan tertekan iaitu hormon adrenalina dan noradrelin.

                      ii.        Faktor psikodinamik
Masalah yang berlaku disebabkan oleh konflik dalaman diri yang wujud dalam bentuk tidak sedar seperti proses represi, ingatan memilukan dan keinginan seksual yang tidak dapat dipuaskan.  Akibatnya berlaku tingkah laku seperti histeria, kesedihan, kerisauan dan kemurungan.

                    iii.        Faktor pembelajaran
Faktor ini ialah hasil daripada pembelajaran yang tidak sesuai sama ada secara langsung atau tidak langsung akan menyebabkan fobia dan kemurungan.





CONTOH PERMAINAN KECIL


Cik Qila nk kongsi contoh permainan kanak-kanak yg tlh dilaksanakan ms amali pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di maktab..Hrp dpt membantu para pembaca..Adanya cth ni anda blh ubh permainan ini utk jd lbh seronok dan kreatif..SELAMAT MENCUBA!!!!


Panduan Murid
Persembahan Permainan Kecil
Permainan ‘Pencuri Emas

 PROSEDUR PERMAINAN:
1)       Bahagikan pelajar kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A  dan B yang kedua- duanya terdiri daripada 6 orang pelajar.
2)         6 orang yang akan menjadi pencuri emas manakala 6 orang lagi akan menjadi penyerang.
3)         Serangan akan dilakukan dengan menggunakan bola gimnastik.
4)         4 orang pengadil akan mengawal permainan iaitu di kawasan A, B dan C. Di mana kawasan A dan C merupakan kawasan selamat manakala kawasan B adalah kawasan serangan.
5)         Setiap pemain hanya boleh mengutip satu emas sahaja bagi satu larian. Jika mereka ingin mengambil emas yang seterusnya, mereka hendaklah berpatah balik ke “Zon Lubuk Emas” untuk mengutip emas yang seterusnya.
6)         Emas yang telah Berjaya dikutip hendaklah dimasukkan ke dalam bakul emas yang telah disediakan.
7)         Masa yang diberikan untuk setiap kumpulan mengutip emas adalah 3 minit.
8)         Teknik yang harus digunakan oleh pemain ialah teknik berlari pantas.
9)         Kad Merah akan dikenakan sekiranya penyerang atau pemain melanggar peraturan. Wisel akan dibunyikan sekiranya penyerang atau pemain melakukan kesalahan ketika bermain.
10)      Pemenang akan dikira berdasarkan pungutan emas yang daoat dikumpul dalam masa tiga minit yang diberikan.
11)      Sekiranya kumpulan pencuri dapat mengumpul kesemua emas dalam masa kurang daripada tiga minit, maka catatan terpantas bagi pungutan emas akan diambil.
12)      Pemenang akan dikira berdasarkan catatan masa yang terpantas sekiranya kedua-dua pasukan dapat memungut kesemua emas kurang daripada tiga minit.

PERATURAN PERMAINAN:

1)         Aras serangan hendaklah dari bahagian pinggang dan  ke bawah.
2)         Sekiranya penyerang menyerang pencuri dalam kawasan A dan C, serangan tersebut tidak akan diambil kira.
3)         Emas yang Berjaya dikutip tidak bolah dibaling atau dihantar kepada rakan sekumpulan.   Jika ini dilakukan, emas tersebut tidak akan dikira.
4)         Penyerang hendaklah memegang bola di hadapan badan. Bola tidak boleh disorokkan di belakang badan untuk menjadikan permainan adil.
5)         Bola yang terlepas daripada sasaran dan melambung jauh dai kawasan permainan tidak boleh diambil oleh pemngadil sebaliknya penyerang haruslah mengambil bole tersebut sendiri.
6)         Pengadil boleh membunyikan wisel dan memberikan kad merah kepada mana-mana sahaja pemain sama ada pemain atau penyerang jika mereka mendapati pemain melakukan kesalahan atau melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
7)         Penyerang atau pemain yang dikenakan kad merah akan dikeluarkan daripada permainan.

TEKNIK PERMAINAN:
-       Teknik berlari pantas.

LANGKAH KESELAMATAN:
1)         Bola yang digunakan untuk serangan ialah bola yang lembut iaitu bola gimnastik
2)         Aras serangan adalah dari bahagian pinggang dan ke bawah.
3)         4 orang pengadil digunakan bagi mengelakkan pemain melanggar peraturan dan mengkasari pemain. Pemain yang melanggar peraturan akan dikenakan dendaan.





PERMAINAN KECIL KANAK-KANAK


Permainan kecil biasanya diperkenalkan untuk memberi satu “penutup” yang menyeronokkan di hujung sesuatu pelajaran Pendidikan Jasmani. Walaupn begitu, permainan – permainan ini, sekiranya dikendalikan dengan baik dan berkesan, ianya akan memberikan keadaan yang menyeronokkan dan menghibukan kepada para pelajar.

Melalui permainan kecil, ia dapat membantu kanak-kanak memahami aktiviti di sekitar mereka.  Ini kerana kanak-kanak belajar melalui penglibatan secara terus dan pengalaman langsung.  Selain itu, ia juga dapat membentuk personaliti melalui kerjasama, berkongsi mengikut peraturan, inisiatif dan kesedaran mengenai ruang.  Ia juga membolehkan kanak-kanak meningkatkan kebolehan fizikal daripada aspek motor kasar dan motor halus.

Antara contoh – contoh permainan kecil yang sering dimainkan adalah seperti:

  1. Permainan – permainan kejar – mengejar
    • Belatuk dan belalang
    • Burung dalam sangkar
    • Ibu ayam
    • Musang dengan ayam
    • Lembu kena kepung

  1. Perlumbaan – perlumbaan dan lari berganti – ganti
    • Lari tukar benda berganti – ganti
    • Lumba lompat kayu berganti – ganti
    • Lumba susup gelung rotan berganti- ganti
     
  1. Permainan – permainan bola
    • Elak bola dalam bulatan
    • Lumba lantun dan tangkap bola berganti – ganti
    • Kejar bola dalam bulatan
    • Bola sepak sentuh