Wednesday, November 7, 2012

JENIS IBU BAPA


JENIS IBU BAPA

Ibu bapa boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut tahap penglibatan mereka dengan aktiviti prasekolah. Dalam konteks ini  Vandergrift dan Greene (1992) telah mengenalpasti empat jenis ibu bapa seperti di dalam jadual di bawah:

+ Menyokong anak (contohnya 
   sentiasa memberi galakkan kepada
   mereka)
+ Penglibatan aktif (contohnya selalu
   membantu anak menyelesaikan   
   kerja rumah)


- Tidak menyokong anak ( contohnya         
   tidak mengambil tahu tentang anak).

+ Penglibatan aktif (contohnya hanya
   melibatkan diri dalam aktiviti
   prasekolah jika ada ganjaran )

+ Menyokong anak (contohnya
   sentiasa memelihara kesejahteraan
   anak)
-  Penglibatan tidak aktif ( contohnya
   jarang melibatkan diri dengan aktiviti
   prasekolah)


- Tidak menyokong  anak ( contohnya 
   mendera anak )
-  Penglibatan tidak aktif (contohnya
   tiada komunikasi dengan pihak
   prasekolah).




FAEDAH PENGLIBATAN IBU BAPA


Kebaikan Kepada Ibu Bapa

Apabila ibu bapa melibatkan diri di tadika mereka akan mendapat faedah-faedah yang berikut:

·         Mereka dapat melihat tingkah laku kanak-kanak di sekolah.
·         Mereka berpeluang mempelajari cara atau kaedah guru mengatasi masalah tingkah-laku kanak-kanak.
·         Mereka dapat memahami apa yang sudah, sedang dan akan diajar kepada anak mereka selama berada di sekolah.
·         Mereka lebih memahami kurikulum dan aktiviti yang dipelajari oleh kanak-kanak.
·         Mereka boleh menyambung aktiviti susulan ataupun aktiviti ransangan.
·         Mereka dapat bersoal jawab dan berkongsi masalah dengan guru.
·         Mereka dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.

Kebaikan Kepada Guru

·     Mereka mendapat buah fikiran dan maklum balas secara terus daripada ibu bapa apabila hendak menjalankan aktiviti.
·   Mereka dapat berkongsi masalah dan bersoal jawab untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak.
·         Mereka boleh menjadi penghubung antara ibu bapa dan sekolah
·        Mereka dapat belajar dan meningkatkan pengetahuan hasil interaksi dengan ibu bapa yang menpunyai pelbagai latar belakang pekerjaan dan pendidikan.
·         Mereka dapat sokongan dalam setiap aktiviti yang dijalankan terutamanya yang melibatkan tenaga dan bantuan kewangan.
·    Mempunyai peluang memerhatikan hubungan di antara ibu bapa dan kanak-kanak.
·       Mempunyai peluang membentuk perhubungan yang lebih bermakna dengan ibu bapa secara perseorangan.

Kebaikan Kepada  Kanak-kanak

·         Mereka dapat melihat peranan ibu bapa yang berbeza iaitu sebagai guru.
·        Mereka dapat berkenal mesra, bersoal jawab dengan orang dewasa berkenaan dengan sesuatu pengalaman ataupun pengetahuan daripada ibu bapa yang datang daripada pelbagai latar belakang pekerjaan.
·        Mereka mendapat lebih perhatian daripada orang dewasa ketika menjalankan aktiviti kumpulan dimana nisbah kanak-kanak berbanding orang dewasa adalah kecil.


PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PRASEKOLAH


KONSEP ASAS PENGLIBATAN IBU BAPA

Penglibatan ibu bapa merupakan proses dimana ibu bapa dapat berhubung dengan kakitangan sekolah atau pusat prasekolah yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak untuk memberi pendidikan, melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti yang dibentuk dan bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa memainkan peranan dalam pendidikan anak masing-masing.

Menurut Swick  penglibatan ibu bapa dalam tiga proses :
·      Pemuafakatan (partnership) antara keluarga dan profesional (pihak guru) dan pembantu (para profesional) dalam komuniti.
·   Proses yang berkembang dan dibina melalui satu jangka masa yang dirancang dan  memerlukan kerjasama setiap ahli.
·       Satu proses di mana ibu bapa dan guru berkerjasama, belajar dan melibatkan diri dalam membuat keputusan bersama

RASIONAL PEMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU

·      Guru dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam keberkesanan pendidikan kanak - kanak . Guru bertugas mendidik di sekolah dan merangkumi masa selama tiga atau empat jam di pusat prasekolah, sedangkan ibu bapa/keluarga bergaul lebih lama dan rapat untuk mencorak kanak-kanak.
·    Pengalaman atau idea yang disemaikan di sekolah boleh dikukuhkan oleh keadaan di rumah atau sebaliknya.
·    Penglibatan ibu bapa dalam berbagai aktiviti menunjukkan komitmen yang baik ke atas segala keputusan yang dicapai bersama.
·   Membolehkan kanak-kanak mendapat faedah yang  optimum di atas segala proses pengajaran dan pembelajaran mereka kerana mendapat sokongan dari kedua belah pihak.
·     Pertalian yang erat diantara ibu bapa dan guru membentuk perasaan bertanggungjawab yang sewajarnya dipihak ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak mereka.




DiNnEr BaTcH~~~

Detik 19 Oktober 2012...
Dinner Batch diadakan di Tok Aman Resort, Tok Bali..
Sume pljr PISMP JAN 09 y trlibat..
Tema mlm tu ialah GLAMOUR..
Mlm tu mmg best n sonok gila la..
Bkl2 cikgu pkai bju cntik2 n smart2 la mlm tu..

Ni la bahananya bila Guru2 PRASEKOLAh bergaya di mlm tu..
Mcm2 gaya y ditnjukkan..
Siap ada y beli baru, tempah n sewa bju utk g dinner ni..





Jom kita tgk2 pic lain2..
Pelbagai gaya ada..



Ni Izam n Yan..
Comel Yan mlm tu..
Izam tu wat muka serius la..
Nk nmpk macho katakan..


Dua org ni namanya hmpr sama..
Amir n Amirah..


Ni satu lg psngn y akn mndirikn msjd xlama lg..
Syam n Kak Jue..
Mmg sweet la korg berdua..


Aku ni menyibuk je la..
Su nk abik gmbr pun nk jengah skali..


Huda n Noly ni..
Mlm ni Cik Noly mmg cntik la tnpa crmin mata..
Nmpk lain je yek Cik Noly..
Huda lak sntiasa manis je..


Mlm ni wani nmpk brtmbh cntik la ng bju pink..
Shima lak nmpk ceria n comel..


Y pkai tdng hjau tu Fatin namanya..
Mek klntn ni mmg cntik yek..


Ni dia (pkai tdng krim tu) PKK kls utk SEM 8..
Comel kn dia...
Y tdng kuning tu bkl brglr isteri bln 12 ni..
Smoga bhgia hingga akhr hyt yek..

      

Ni Ainur n Hazhar..
Wah!!Dua2 ni cntik n smart la..


Y tdng purple tu dh brglr isteri org..
Makin berseri aku tgk bila kawin ni..
Tahniah yek my lovely frenz..


Ni lak gmbr shbt aku slama 5 thn stgh ni..
Kitaorg ni mmg bertiga la..
Tiga2 ni mmg suka brjln je..
Trutama g pntai atau jeram..


Ni lak meja utk bdk kls aku utk mlm tu..
Posing yek jgn xposing..


Ni utk y meja lg satu..
Kls aku diperuntukkan 2 meja..
Blkng letc n VIP lak tu..
Mmg voke la..


Ku hrp hubungan prshbtn antara kita brkekalan wat slama2nya..
Pershbtn y trjalin ni mmg begitu brmakna utk diriku..
Tq ats sokongan n dorongan kalian berikan kpdku slama lima thn stgh..



PERSAHABATAN SELAMA 5 1/2 TAHUN

Aku kat cni nk wat coretan ttg kwn2 ku bg PISMP Prasekolah Jan 09..
Tq sb sudi brkwn ng aku slama 5 thn stgh ni..
Trlalu byk knangan suka n duka dikongsi bersama..
Aku xkn lupakn kalian suume..

Sedih aku bila brpisah ng kalian sume..
Ni la rupa2 kwnku pd thn 2009 n thn 2012..

Ada y berbeza ada y x..

Sblm aku tnjuk kn brsn kwn2ku,
Ni la prubhn bg diriku..
Bezanya aku tgk diriku ni..



Kls aku ada 4 "PRINCE" je..
Tp sumenya dh "BERPUNYA"..
Hehehehe...
Ni la wjh2 diaorg..






Skrg ni gmbr princess2 lak..
Ada 16 "PRINCESS" tu (trmsk aku la)..
Tp ada y dh "BERPUNYA" n ada y "BLM BERPUNYA"..
Ni la wjh2nya..
















Ni la kwn2ku y xkn aku lupakn..
Bershbt ng kalian mmg mbuatkn ku hepy..
Byk cite y tlh kita kongsi bersama..


LOVE U 4EVER MY FRENZ!!!!!!





ETIKA PENILAIAN DALAM PRASEKOLAH


ETIKA PENILAIAN

Semua maklumat yang berkaitan dengan diri murid adalah sulit. Oleh itu semua rekod penilaian perkembangan dan kemajuan murid prasekolah hendaklah disimpan dengan selamat mengikut panduan berikut:

Ø  Segala hasil pemerhatian hanya boleh dibincang dengan pihak yang tertentu sahaja (ibubapa/guru besar/pakar perubatan/pihak-pihak-pihak atau orang-orang yang berkenaan mengikut Akta Pendidikan 1996).

Ø  Rekod murid tidak boleh dipamerkan.

Ø  Minta kebenaran ibubapa/penjaga murid untuk mengambil gambar dan merakam video yang melibatkan murid berkenaan.

Ø  Pastikan segala rekod pemerhatian diberikan kepada ibubapa di akhir tahun.





MEREKOD DAN MENYIMPAN MAKLUMAT


Segala maklumat yang diperolehi daripada pemerhatian yang sistematik direkodkan dalam portfolio.

PORTFOLIO

·         Portfolio dalam konteks ini bukannya kaedah penilaian tetapi satu cara mengumpul dan menyusun maklumat daripada pelbagai sumber.

·         Portfolio adalah satu himpunan bukti atau keterangan yang terkumpul berkenaan dengan perkembangan dan kemajuan murid dalam jangka masa yang ditetapkan.

·         Portfolio mengandungi pengalaman, usaha dan kejayaan yang diperolehi oleh murid.

·         Portfolio menyediakan asas untuk penilaian dan panduan untuk pembelajaran dan perkembangan selanjutnya.

·         Secara fizikal, portfolio merupakan satu fail, kotak atau disket komputer yang menyimpan bukti dan maklumat murid.

·         Portfolio mengandungi dokumen berikut:

i.                    Rekod peribadi murid
ii.                  Rekod kemajuan murid
iii.                Hasil kerja murid


REKOD PERIBADI MURID


Rekod peribadi mengandungi :

-          maklumat diri murid
-          maklumat keluarga murid
-          maklumat kesihatan murid
-          maklumat fizikal murid.

REKOD KEMAJUAN MURID


Rekod kemajuan merupakan ulasan guru mengenai perkembangan diri murid dari segi:

a.       pengetahuan
b.      kemahiran
c.       komunikasi
d.      sikap

HASIL KERJA MURID


Hasil kerja murid yang terpilih sahaja dimasukkan ke dalam portfolio. Pemilihan dibuat bersama guru dan murid. Hasil-hasil itu termasuklah:

            - lukisan                                                           - sampel tulisan
            - gambar foto                                                  - buku skrap
            - binaan yang sudah sempurna                        - cerita yang ditulis

Catatan dibuat pada setiap hasil murid. Catatan yang dibuat biasanya menggambarkan tahap kebolehan, contohnya. ‘sudah boleh membuat bulatan, sudah boleh membentuk huruf’ dan sebagainya.





PROSES PELAKSANAAN PENILAIAN PRASEKOLAH



1.      Perancangan

Perancangan sebelum membuat penilaian

¨      Senaraikan indikator yang hendak diperhatikan
¨      Tentukan murid yang akan diperhatikan.
¨      Pastikan kaedah pemerhatian yang sesuai
¨      Pastikan cara pelaporan

2.      Membina Item

Guru hendaklah membina indikator/item dengan mengambilkira hasil pembelajaran seperti yang ditetapkan oleh Kurikulum Kebangsaan Prasekolah.


3.      Melaksanakan Penilaian

3.1  Kaedah Penilaian
Penilaian dilaksanakan melalui pemerhatian:
      i.        Pemerhatian tingkah laku
    ii.        Pemerhatian perbualan atau interaksi
  iii.        Pemerhatian hasil kerja murid.

Pemerhatian adalah satu kaedah penilaian yang sistematik dan tepat untuk mengumpul maklumat dan merekodnya dengan tepat.

3.2  Apa yang dinilai?

a.       Pemerhatian tingkah laku murid.

Contoh tingkahlaku murid yang diperhatikan adalah semasa
-          bermain pondok-pondok bersama rakan
-          menyusun blok bersama rakan atau bersendirian
-          mengikat tali kasut
-          berlari sambil melompat
-          menyelesaikan masalah bersama rakan
-          membuat kolaj dalam kumpulan

b.      Pemerhatian perbualan atau interaksi

Contoh:
-          antara murid dengan guru
-          antara murid dengan murid
-          dengan bahan
-          main peranan
-          bercerita dan bersoal jawab
-          nyanyian
-          hafazan

c.       Penilaian hasil kerja murid

Contoh hasil kerja murid yang diperhatikan
-          lukisan
-          tulisan
-          buku skrap
-          kraftangan
-          buku kecil
-          model

  
4.      Merekod

Merekod pemerhatian mengunakan :

i.                    senarai semak

ii.                  Rekod Anekdot
            Satu catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Anekdot ditulis secara objektif, menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana berlaku. Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami murid berkenaan.  Perkara-perkara yang direkodkan dalam rekod anakdot ialah yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kejayaan-kejayaan.

iii.                Rekod berterusan
            Satu cerita yang terperinci tentang tingkah laku murid yang dicatatkan secara berurutan setiap kali  ianya berlaku. Guru akan menuliskan setiap peristiwa yang berlaku dalam jangka masa yang ditentukan mungkin dalam beberapa minit atau dicatat dari masa ke masa sepanjang hari. Rekod berterusan ini penting pada seseorang yang berminat tentang perkembangan kanak-kanak.



Tuesday, July 31, 2012

KHASIAT BUAH KURMA

SABDA RASULULLAH S.A.W :

" Berilah makan kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya ".

Mengamalkan memakan kurma ketika mengandung adalah amat baik sekali kerana ini akan memudahkan ketika melahirkan nanti.  Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah S.A.W.