Thursday, March 3, 2011

Terencat Akal

Terencat akal ialah mereka yang menunjukkan kelambatan dalam perkembangan (Rohaty Mohd Majzub, 1992).
Intelligent Quotient (IQ) klasfikasikan skala terencat akal kepada 4 bahagian iaitu :
  • ringan (50-70)
  • sederhana (35-49)
  • teruk (20-34)
  • sangat teruk (bawah 20)
Terencat akal boleh dilihat melalui 2 aspek penting iaitu :
  • Kefungsian Intelektual
    • dikenal pasti apabila tahap intelektual kanak-kanak berfungsi di bawah paras normal
    • biasaya guna ujian kecerdasan
  • Tingkah Laku Adaptasi
    • dikenal pasti menurut sejauh manakah mereka berjaya menyesuaikan diri dengan alam sekeliling
Ciri-ciri Kanak-kanak Terencat Akal
  • Kadar pembelajaran yang rendah berbanding dengan rakan sebayanya
  • Kemajuan dalam bidang akademik amat terhad
  • Kesukaran dalam memahami idea-idea abstrak
  • Kesukaran dalam membuat generalisasi
  • Kemahiran bahasa yang lebih rendah berbanding rakan sebayanya
  • Kelemahan dalam pemindahan pembelajaran
  • Masalah ingatan. Mudah lupa jika tidak diberi latihan yang konsisten
  • Menunjukkan tingkah laku sosial yang kurang matang.
Pengurusan Bilik Darjah bagi Kanak-kanak Terencat Akal
  • Memerlukan masa yang lebih untuk menyiapkan tugasan
  • Arahan tugasan atau aktiviti kelas yang diberikan hendaklah ringkas, jelas dan langkah-langkah harus dinyatakan dalam urutan yang logikal
  • Arahan dipecahkan kepada bahagian kecil dan mungkin diulang
  • Kemahiran baru yang dipelajari perlu sentiasa diulang dan dipraktikkan
  • Sediakan aktiviti yang memberi pengalaman menggunakan deria sensori dan kemahiran motor
  • Sediakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)




Model Montessori

Matlamat Pendidikan Montessori

Persatuan Montessori Amerika menyatakan bahawa matlamat program Montessori bagi mengembangkan aspek-aspek :

  • Penumpuan
  • Kemahiran membuat pemerhatian
  • Kesedaran dari segi susunan dan urutan
  • Koordinasi
  • Keedaran dari segi tanggapandan kemahiran amali
  • Konsep Matematik
  • Kemahiran bahasa
  • Kemahiran menulis dan membaca
  • Kebiasaan dari segi seni kreatif
  • Kefahaman tentang alam semula jadi
  • Pengalaman dalam memahami sains sosial
  • Pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui teknik penyelesaian masalah
Kawasan dan Persekitaran Mengikut Montessori
  • Kawasan yang luas bagi membolehkan kanak-kanak bergerak dengan bebas
  • Dilengkapi dengan taman permainan 
  • Mempunyai kebun bunga
  • Persekitaran menarik dan menyeronokkan
  • Alat-alat permainan yang menarik
  • Bilik darjah yang dilengkapi dengan papan hitam yang digantung rendah
  • Atas papan hitam dihiasi dengan gambar-gambar yang boleh menarik perhatian murid
Peralatan Mengikut Montessori
  • Kerusi dan meja dibuat dalam saiz kanak-kanak
  • Kerusi dan meja ringan supaya kanak-kanak yang berumur dua hingga 4thn dapat angkat
  • Meja berbentuk tiga segi untuk 2 atau 3 org kanak-kanak duduk berdekatan
  • Terdapat meja kecil untuk digunakan bila kanak-kanak bekerja berseorangan
  • Alamari yang dapat dicapai oleh kanak-kanak untuk susun bahan-bahan pembelajaran
  • Tempat membasuh tangan yang redah
  • Sediakan rak meletak sabun, berus kuku, tuala, berus gigi
Bahan Pembelajaran Mengikut Montessori
  • Bahan didaktik dan dibentuk untuk mengajar pelajaran tertentu
  • Dibina dari mudah kepada yang lebih susah
  • Kanak-kanak diberi cabaran untuk selesaikan konsep yang lebih susah secara progresif
  • Bahan dibina dengan cermat
  • Menggunakan bahan semula jadi spt kayu yang telah divanis
Aktiviti Mengikut Montessori
  • Aktiviti Kehidupan Harian 
  • Aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria
  • Aktiviti yang bercorak akademik
Contoh Aktiviti Penggunaan Deria
  • Menara berwarna merah jambu
    • mengandungi 10 kiub
    • diperbuat daripada kayu yang mempunyai tekstur, bentuk dan warna yang sama
    • sume warna merah jambu
    • bermula ukuran kiub 1cm dan ditambah 1cm bagi setiap kiub
    • kiub terbesar ukuran 10cm
    • disusun secara menegak daripada yang terbesar ke yang terkecil
  • Tangga berwarna coklat
    • mengandungi 10 blok yang dibuat drpd kayu
    • beza dari segi ketebalan tapi warna sama iaitu coklat
    • susun drpd paling tebal ke paling nipis
    • paling tebal berukuran 10cm
  • Batang kayu berwarna merah
    • terdiri 10 batang kayu berwarna merah
    • mempuyai saiz yang sama tapi berbeza kepanjangan
    • bermula dari 10cm kpd 1cm
    • susun drpd paling panjang kpd paling pendek
  • Blok slinder
  • Botol untuk bauan
  • Kayu yang mempunyai keberatan yang berbeza

{}

Aktiviti Motor Halus dan Motor Kasar

Cadangan Aktiviti Motor Halus

  • Membentuk doh tepung menjadi bola menggunakan kedua tapak
  • Merenyukkan sehelai surat khabar menjadi bulat
  • Merantai manik
  • menjahit kad berlubang
  • Menguli, menggentel dan mencubit doh tepung
  • Melipat dan mengoyak kertas
  • menggunting kertas mengikut bentuk pada garis putus-putus
  • Menjentik getah atau tutup botol
  • Melukis gambar
  • Menconteng kertas
  • Mencabut atau mengambil objek menggunakan penyepit

Cadangan Aktiviti Motor Kasar
  • Memanjat gelungsur
  • Menjullur atau merangkak
  • Melompat tali
  • Bergayut
  • Mengimbang badan di papan imbang
  • Bertengteng
  • Berenang
  • Berjalan mengiring seperti ketam
  • Membaling bola
  • Melantunkan bola
  • Berlari