Saturday, October 1, 2011

MAKSUD PENILAIAN BERTERUSAN

Menurut satu laman web yang telah saya temui iaitu http://hea.ump.edu.my/images/asdc/utec_PENILAIAN_pkk.ppt ada menyatakan pengertian penilaian berterusan.  Di laman web ini menyatakan penilaian berterusan adalah bersifat formatif iaitu yang mengutamakan kemajuan setiap pelajar dari satu peringkat ke peringkat yang lain.  Melalui penilaian berterusan, guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semasa ke semasa.  Selain itu, guru berpeluang untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid serta merta supaya kelemahan itu tidak terhimpun.  Guru juga dapat mengenal pasti kelemahan serta memperkembangkan lagi kekuatan dan potensi murid.

            Menurut Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd Sharani Ahmad (2004) menyatakan penilaian berterusan ialah penilaian ke atas sesuatu pengajaran dan pembelajaran mesti bermula daripada awal, semasa dan diakhiri pengajaran.  Penilaian ini dilakukan secara individu dan mengikuti perubahan yang berlaku daripada semasa ke semasa iaitu secara berterusan.  Selain itu, mereka juga berpendapat penilaian ini memberi maklum balas kepada guru daripada segi penyampaian dan juga bahan pengajaran bahan yang digunakan.

            Manakala menurut Mazzeo (2001) berpendapat pentaksiran berterusan memberi bukti yang lebih komprehensif, sahih, autentik, dipercayai dan adil berbanding dengan pengujian yang lain.

Secara kesimpulannya, penilaian berterusan ialah kemajuan perkembangan murid daripada awal, semasa dan diakhir pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan.  Kepekaan gurudalam penilaian berterusan ini dapat meningkatkan pencapaian setiap murid ke tahap yang optimum.





No comments:

Post a Comment