Sunday, October 2, 2011

Sebab Wanita Selalu Menangis...

Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?

Jwbnya: Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,
walau disakiti oleh "orang" yang ia sayangi
Wanita mahluk kuat,
tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

"WANITA..KAMU ISTIMEWA"



HaTiKu KeMbALi BeRbUnGa!!!

Hr ni aku rs gembira sgt2...Terasa htiku gembira n berbunga kembali stlh nekad utk membuat sesuatu...Aku hrp ia akn trs begini shingga akhr hyt....Hrp kptsn y diambil ni akn membuatkn aku berasa hepy n ceria slps ni...Aku terasa beban y melanda diri ni tlh trlps..Hatiku rs tenang je ng kptsn y aku abik ni...Aku brs selesa ng keadaan y mcm ni..Aku tdk rs skit hti atau bnci kt sape2...


Saturday, October 1, 2011

KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN PRASEKOLAH

Dapat dilihat melalui dua aspek iaitu :
a)    Kepentingan pentaksiran dan penilaian terhadap guru
·         Mendapatkan gambaran tentang perkembangan murid
·         Menilai keberkesanan pengajaran yang dijalankan secara berterusan.
·  Membantu memperbaiki pengajaran dan pembelajaran serta merancang tindakan susulan
·         Memberi maklum balas terhadap kemajuan murid.

b)    Kepentingan pentaksiran dan penilaian terhadap murid
·         Murid dapat memahami tujuan mereka belajar dan perkembangan mereka
·    Memotivasikan dan meyakinkan diri untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka.




TEKNIK PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN PRASEKOLAH

Terdapat tiga teknik pentaksiran dan penilaian kanak-kanak iaitu melalui pemerhatian, hasil kerja dan portfolio.
·         Teknik pemerhatian. 
o   Menurut Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2005) menyatakan pemerhataian ialah memerhati secara sistematik tingkah laku, aspek perkembangan, aspek pertumbuhan dan pencapaian kanak-kanak.  Setiap pemerhatian yang dilakukan boleh direkodkan dengan menggunakan :
a)    Rekod anekdot
Menurut Pusat Pembangunan Kurikulum (2008) rekod  anekdot ialah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod.  Rekod anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana sesuatu peristiwa itu berlaku.  Catatan ringkas ini adalah tepat berkenaan peristiwa yang berlaku dalam satu jangka masa yang singkat pada bila-bila masa dan dapat membantu guru memahami murid berkenaan dengan lebih jelas.

b)    Senarai semak
Berdasarkan Pusat Pembangunan Kurikulum (2008) senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan.  Senarai semak boleh dibina bagi salah satu ataupun semua domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.  Merujuk Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003) domain kognitif merangkumi kompenan bahasa dan perkembangan kognitif iaitu Matematik dan Sains.  Domain afektif pula kompenan yang berkait dengan kerohanian dan moral iaitu Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral serta perkembangan sosioemosi.  Secara amnya, domain ini terlibat dengan perkembangan sikap dan nilai murid pada sesuatu situasi.  Domain yang ketiga ialah domain psikomotor yang berkaitan dengan kompenan Fizikal dan kompenan Kreativiti dan Estetika.

c)    Rekod berterusan
Rekod Berterusan pula merupakan catatan dalam bentuk cerita atau "narrative" yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa (Pusat Pembangunan Kurikulum, 2008).  Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pada kebiasaannya pemerhatian yang terperinci ini dijalankan dalam tempoh 5 hingga 10 minit.

·         Teknik hasil kerja murid.  Berdasarkan Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd Sharani Ahmad (2004) menyatakan kebanyakan aktiviti yang dijalankan oleh murid dalam proses pembelajaran dihailkan dalam bentuk lukisan, tulisan, cetakan komputer ataupun kerja tangan.  Namun didapati terdapat juga antara guru memberi dalam bentuk projek dan dikumpulkan dalam bentuk buku skrap atau laporan. 

·         Teknik yang terakhir ialah menggunakan portfolio.  Arter dan Spandel (1991) mndefinisikan portfolio sebagai koleksi hasil kerja kanak-kanak yang bermatlamat menunjukkan usaha, kemajuan dan pencapaian kanak-kanak dalam satu ataupun lebih bidang pembelajaran.  Portfolio merupakan rekod proses pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak.  Menurut Meisels (1993) portfolio adalah satu bentuk penilaian autentik kerana kanak-kanak dinilai berdasarkan pengalaman yang dialami iaitu menerusi hasil kerja yang dihasilkan dalam konteks sebenar kanak-kanak berada.









PRINSIP PENAKSIRAN DAN PENILAIAN

Menurut James H. McMillan (2000), menyatakan terdapat tiga prinsip utama dalam pentaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Prinsip yang pertama adalah maklumat tentang sesuatu pentaksiran dan penilaian itu haruslah jelas, boleh dipercayai dan boleh dicapai dengan telus.  Prinsip yang kedua pula adalah pentaksiran dan penilaian seharusnya  boleh dipercayai dan konsisten.  Prinsip yang terakhir pula adalah penilaian haruslah inklusif dan adil.

Surayah Zaidon dan Haslinda Md. Ali (2009) pula menyatakan ada enam prinsip penilaian perkembangan kanak-kanak.  Prinsip yang pertama ialah dijalankan secara berterusan, sesuai dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak.  Hal ini amat bersesuaian dengan sifat perkembangan kanak-kanak iaitu perkembangan kanak-kanak merupakan satu proses yang berterusan.  Oleh itu, guru prasekolah perlulah menjalankan pentaksiran dan penilaian lebih daripada dua kali supaya maklumat yang diperolehi itu jelas, boleh dipercayai dan telus.

Prinsip kedua ialah pentaksiran dan penilaian hendaklah mempunyai perancangan, strategi dan instrumen penilaian yang berbeza-beza sesuai dengan setiap tujuan penilaian dan hasil pembelajaran.  Prinsip ini adalah bertepatan dengan proses menjalankan pentaksiran dan penilaian iaitu langkah pertama adalah proses merancang, langkah kedua adalah pentaksiran dan langkah yang ketiga ialah merekod hasil dapatan pemerhatian atau maklumat ke dalam instrumen pentaksiran yang bersesuaian dengan aspek perkembangan yang hendak diperhatikan.  Misalnya, senarai semak digunakan untuk menilai perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan.  Selain itu, senarai semak mudah dan praktikal untuk dikendalikan serta boleh memasukkan banyak kemahiran-kemahiran lain secara serentak.  Manakala rekod anekdot pula untuk merekod peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan. 

Prinsip yang ketiga pula adalah ia perlulah mempunyai kriteria-kriteria penilaian perkembangan yang sesuai dengan objektif pembelajaran (kurikulum).  Penilaian yang hendak dilaksanakan perlulah mengambil kira standard pembelajaran yang terdapat di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.  Prinsip yang seterusnya adalah ianya harus memberikan manfaat dan bermakna dalam pengalaman harian kanak-kanak.

Seterusnya, pentaksiran dan penilaian juga hendaklah dilaksanakan secara tidak formal, iaitu semasa kanak-kanak mengalami proses pembelajaran supaya hasil yang dikehendaki adalah bersifat autentik dan tidak mempunyai sandiwara.  Prinsip yang terakhir ialah dilaksanakan melalui pemerhatian dan dokumentasi.  Pekara ini dilakukan supaya dapat membuktikan pentaksiran dan penilaian yang dijalankan adalah sahih serta tepat.

Oleh itu, seorang guru perlulah memahami prinsip-prinsip pentaksiran dan penilaian dengan jelas dan mendalam supaya pentaksiran dan penilaian yang dibuat tepat, sahih dan autentik dengan instrumen yang digunakan.






OBJEKTIF PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN PRASEKOLAH

Objektif pentaksiran dan penilaian secara umum yang terdapat di laman web http://ceep.crc.uiuc.edu/eecearchive/digests/1997/katz97.html menyatakan pentaksiran dan penilaian di prasekolah bertujuan untuk menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama, membuat keputusan penempatan, membuat diagnosis masalah pengajaran dan pembelajaran, membantu dalam membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum, menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibu bapa dan menolong kanak-kanak tertentu dalam menilai kemajuan dirinya sendiri (Katz, 1997).

Bruce dan Meggitt (2005) pula menyifatkan kurikulum kanak-kanak ialah sesuatu yang dapat membantu kanak-kanak membesar dan belajar yang mana menjadi satu tanggungjawab kepada pendidik untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang dapat menyokong, merangsang dan membantu menggarap potensi yang ada pada seseorang kanak-kanak dan ianya bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan kanak-kanak melakukan atau mempelajarinya (Department for Education and Science, 1990).

Berdasarkan Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2008), objektif penaksiran dan penilaian dijelaskan secara khusus iaitu  guru dapat mengesan perkembangan seseorang murid itu serta mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.  Ianya juga dapat digunakan untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa.  Guru juga dapat mengesan keberkesanan sesuatu pengajarannya melalui proses penaksiran dan penilaian.  Selain itu, guru juga dapat menggunakan penaksiran dan penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan dan pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

Menurut Lihanna Borhan, dari tujuan pentaksiran dan penilaian berdasarkan garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan dalam pendidikan awal kanak-kanak, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan penilaian berbentuk ujian atau peperiksaan bertulis bukanlah satu kaedah yang sesuai di tahap ini. Sebaliknya, guru prasekolah seharusnya mengubah perhatian mereka ke arah penggunaan sistem penilaian yang lebih autentik.





MAKSUD PENILAIAN BERTERUSAN

Menurut satu laman web yang telah saya temui iaitu http://hea.ump.edu.my/images/asdc/utec_PENILAIAN_pkk.ppt ada menyatakan pengertian penilaian berterusan.  Di laman web ini menyatakan penilaian berterusan adalah bersifat formatif iaitu yang mengutamakan kemajuan setiap pelajar dari satu peringkat ke peringkat yang lain.  Melalui penilaian berterusan, guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semasa ke semasa.  Selain itu, guru berpeluang untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid serta merta supaya kelemahan itu tidak terhimpun.  Guru juga dapat mengenal pasti kelemahan serta memperkembangkan lagi kekuatan dan potensi murid.

            Menurut Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd Sharani Ahmad (2004) menyatakan penilaian berterusan ialah penilaian ke atas sesuatu pengajaran dan pembelajaran mesti bermula daripada awal, semasa dan diakhiri pengajaran.  Penilaian ini dilakukan secara individu dan mengikuti perubahan yang berlaku daripada semasa ke semasa iaitu secara berterusan.  Selain itu, mereka juga berpendapat penilaian ini memberi maklum balas kepada guru daripada segi penyampaian dan juga bahan pengajaran bahan yang digunakan.

            Manakala menurut Mazzeo (2001) berpendapat pentaksiran berterusan memberi bukti yang lebih komprehensif, sahih, autentik, dipercayai dan adil berbanding dengan pengujian yang lain.

Secara kesimpulannya, penilaian berterusan ialah kemajuan perkembangan murid daripada awal, semasa dan diakhir pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan.  Kepekaan gurudalam penilaian berterusan ini dapat meningkatkan pencapaian setiap murid ke tahap yang optimum.





SyUkUr kE hAdRaT ILLAHI!!!

Hari ni aku n kwn ku (Huda n Teha) slmt dr brlaku kemlngn jln raya...KItaorg br je blik dr Kb Mall ptg td...Dlm pjlnan blik kami nyaris2 trlnggr kete dpn y brek scr mengejut....Slmt aku sempat brek kete aku n mengelak ke tepi...Aku rs bersyukur sgt2 sb dislmtkn dr kemalangan...Skrg aku rs fobia nk bw kete..Sb aku msh trkjt lg ng kjadian kemalangan y dialami oleh ayhku pd 4 hr y lps..Truk kete Grand Livina ayhku sblh kiri...Dh xnmpk rupa....Slmt ayhku hnya alami kecederaan ringan...

p/s : sblm kuar rmh bc doa naik kenderaan n ayt kerusi spy diselamatkn pjlnan ke destinasi y hndk dituju...