Sunday, October 2, 2011

Sebab Wanita Selalu Menangis...

Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?

Jwbnya: Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,
walau disakiti oleh "orang" yang ia sayangi
Wanita mahluk kuat,
tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

"WANITA..KAMU ISTIMEWA"



HaTiKu KeMbALi BeRbUnGa!!!

Hr ni aku rs gembira sgt2...Terasa htiku gembira n berbunga kembali stlh nekad utk membuat sesuatu...Aku hrp ia akn trs begini shingga akhr hyt....Hrp kptsn y diambil ni akn membuatkn aku berasa hepy n ceria slps ni...Aku terasa beban y melanda diri ni tlh trlps..Hatiku rs tenang je ng kptsn y aku abik ni...Aku brs selesa ng keadaan y mcm ni..Aku tdk rs skit hti atau bnci kt sape2...


Saturday, October 1, 2011

KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN PRASEKOLAH

Dapat dilihat melalui dua aspek iaitu :
a)    Kepentingan pentaksiran dan penilaian terhadap guru
·         Mendapatkan gambaran tentang perkembangan murid
·         Menilai keberkesanan pengajaran yang dijalankan secara berterusan.
·  Membantu memperbaiki pengajaran dan pembelajaran serta merancang tindakan susulan
·         Memberi maklum balas terhadap kemajuan murid.

b)    Kepentingan pentaksiran dan penilaian terhadap murid
·         Murid dapat memahami tujuan mereka belajar dan perkembangan mereka
·    Memotivasikan dan meyakinkan diri untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka.




TEKNIK PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN PRASEKOLAH

Terdapat tiga teknik pentaksiran dan penilaian kanak-kanak iaitu melalui pemerhatian, hasil kerja dan portfolio.
·         Teknik pemerhatian. 
o   Menurut Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2005) menyatakan pemerhataian ialah memerhati secara sistematik tingkah laku, aspek perkembangan, aspek pertumbuhan dan pencapaian kanak-kanak.  Setiap pemerhatian yang dilakukan boleh direkodkan dengan menggunakan :
a)    Rekod anekdot
Menurut Pusat Pembangunan Kurikulum (2008) rekod  anekdot ialah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod.  Rekod anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana sesuatu peristiwa itu berlaku.  Catatan ringkas ini adalah tepat berkenaan peristiwa yang berlaku dalam satu jangka masa yang singkat pada bila-bila masa dan dapat membantu guru memahami murid berkenaan dengan lebih jelas.

b)    Senarai semak
Berdasarkan Pusat Pembangunan Kurikulum (2008) senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan.  Senarai semak boleh dibina bagi salah satu ataupun semua domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.  Merujuk Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003) domain kognitif merangkumi kompenan bahasa dan perkembangan kognitif iaitu Matematik dan Sains.  Domain afektif pula kompenan yang berkait dengan kerohanian dan moral iaitu Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral serta perkembangan sosioemosi.  Secara amnya, domain ini terlibat dengan perkembangan sikap dan nilai murid pada sesuatu situasi.  Domain yang ketiga ialah domain psikomotor yang berkaitan dengan kompenan Fizikal dan kompenan Kreativiti dan Estetika.

c)    Rekod berterusan
Rekod Berterusan pula merupakan catatan dalam bentuk cerita atau "narrative" yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa (Pusat Pembangunan Kurikulum, 2008).  Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pada kebiasaannya pemerhatian yang terperinci ini dijalankan dalam tempoh 5 hingga 10 minit.

·         Teknik hasil kerja murid.  Berdasarkan Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd Sharani Ahmad (2004) menyatakan kebanyakan aktiviti yang dijalankan oleh murid dalam proses pembelajaran dihailkan dalam bentuk lukisan, tulisan, cetakan komputer ataupun kerja tangan.  Namun didapati terdapat juga antara guru memberi dalam bentuk projek dan dikumpulkan dalam bentuk buku skrap atau laporan. 

·         Teknik yang terakhir ialah menggunakan portfolio.  Arter dan Spandel (1991) mndefinisikan portfolio sebagai koleksi hasil kerja kanak-kanak yang bermatlamat menunjukkan usaha, kemajuan dan pencapaian kanak-kanak dalam satu ataupun lebih bidang pembelajaran.  Portfolio merupakan rekod proses pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak.  Menurut Meisels (1993) portfolio adalah satu bentuk penilaian autentik kerana kanak-kanak dinilai berdasarkan pengalaman yang dialami iaitu menerusi hasil kerja yang dihasilkan dalam konteks sebenar kanak-kanak berada.









PRINSIP PENAKSIRAN DAN PENILAIAN

Menurut James H. McMillan (2000), menyatakan terdapat tiga prinsip utama dalam pentaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Prinsip yang pertama adalah maklumat tentang sesuatu pentaksiran dan penilaian itu haruslah jelas, boleh dipercayai dan boleh dicapai dengan telus.  Prinsip yang kedua pula adalah pentaksiran dan penilaian seharusnya  boleh dipercayai dan konsisten.  Prinsip yang terakhir pula adalah penilaian haruslah inklusif dan adil.

Surayah Zaidon dan Haslinda Md. Ali (2009) pula menyatakan ada enam prinsip penilaian perkembangan kanak-kanak.  Prinsip yang pertama ialah dijalankan secara berterusan, sesuai dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak.  Hal ini amat bersesuaian dengan sifat perkembangan kanak-kanak iaitu perkembangan kanak-kanak merupakan satu proses yang berterusan.  Oleh itu, guru prasekolah perlulah menjalankan pentaksiran dan penilaian lebih daripada dua kali supaya maklumat yang diperolehi itu jelas, boleh dipercayai dan telus.

Prinsip kedua ialah pentaksiran dan penilaian hendaklah mempunyai perancangan, strategi dan instrumen penilaian yang berbeza-beza sesuai dengan setiap tujuan penilaian dan hasil pembelajaran.  Prinsip ini adalah bertepatan dengan proses menjalankan pentaksiran dan penilaian iaitu langkah pertama adalah proses merancang, langkah kedua adalah pentaksiran dan langkah yang ketiga ialah merekod hasil dapatan pemerhatian atau maklumat ke dalam instrumen pentaksiran yang bersesuaian dengan aspek perkembangan yang hendak diperhatikan.  Misalnya, senarai semak digunakan untuk menilai perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan.  Selain itu, senarai semak mudah dan praktikal untuk dikendalikan serta boleh memasukkan banyak kemahiran-kemahiran lain secara serentak.  Manakala rekod anekdot pula untuk merekod peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan. 

Prinsip yang ketiga pula adalah ia perlulah mempunyai kriteria-kriteria penilaian perkembangan yang sesuai dengan objektif pembelajaran (kurikulum).  Penilaian yang hendak dilaksanakan perlulah mengambil kira standard pembelajaran yang terdapat di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.  Prinsip yang seterusnya adalah ianya harus memberikan manfaat dan bermakna dalam pengalaman harian kanak-kanak.

Seterusnya, pentaksiran dan penilaian juga hendaklah dilaksanakan secara tidak formal, iaitu semasa kanak-kanak mengalami proses pembelajaran supaya hasil yang dikehendaki adalah bersifat autentik dan tidak mempunyai sandiwara.  Prinsip yang terakhir ialah dilaksanakan melalui pemerhatian dan dokumentasi.  Pekara ini dilakukan supaya dapat membuktikan pentaksiran dan penilaian yang dijalankan adalah sahih serta tepat.

Oleh itu, seorang guru perlulah memahami prinsip-prinsip pentaksiran dan penilaian dengan jelas dan mendalam supaya pentaksiran dan penilaian yang dibuat tepat, sahih dan autentik dengan instrumen yang digunakan.






OBJEKTIF PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN PRASEKOLAH

Objektif pentaksiran dan penilaian secara umum yang terdapat di laman web http://ceep.crc.uiuc.edu/eecearchive/digests/1997/katz97.html menyatakan pentaksiran dan penilaian di prasekolah bertujuan untuk menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama, membuat keputusan penempatan, membuat diagnosis masalah pengajaran dan pembelajaran, membantu dalam membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum, menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibu bapa dan menolong kanak-kanak tertentu dalam menilai kemajuan dirinya sendiri (Katz, 1997).

Bruce dan Meggitt (2005) pula menyifatkan kurikulum kanak-kanak ialah sesuatu yang dapat membantu kanak-kanak membesar dan belajar yang mana menjadi satu tanggungjawab kepada pendidik untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang dapat menyokong, merangsang dan membantu menggarap potensi yang ada pada seseorang kanak-kanak dan ianya bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan kanak-kanak melakukan atau mempelajarinya (Department for Education and Science, 1990).

Berdasarkan Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2008), objektif penaksiran dan penilaian dijelaskan secara khusus iaitu  guru dapat mengesan perkembangan seseorang murid itu serta mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.  Ianya juga dapat digunakan untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa.  Guru juga dapat mengesan keberkesanan sesuatu pengajarannya melalui proses penaksiran dan penilaian.  Selain itu, guru juga dapat menggunakan penaksiran dan penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan dan pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

Menurut Lihanna Borhan, dari tujuan pentaksiran dan penilaian berdasarkan garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan dalam pendidikan awal kanak-kanak, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan penilaian berbentuk ujian atau peperiksaan bertulis bukanlah satu kaedah yang sesuai di tahap ini. Sebaliknya, guru prasekolah seharusnya mengubah perhatian mereka ke arah penggunaan sistem penilaian yang lebih autentik.





MAKSUD PENILAIAN BERTERUSAN

Menurut satu laman web yang telah saya temui iaitu http://hea.ump.edu.my/images/asdc/utec_PENILAIAN_pkk.ppt ada menyatakan pengertian penilaian berterusan.  Di laman web ini menyatakan penilaian berterusan adalah bersifat formatif iaitu yang mengutamakan kemajuan setiap pelajar dari satu peringkat ke peringkat yang lain.  Melalui penilaian berterusan, guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semasa ke semasa.  Selain itu, guru berpeluang untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid serta merta supaya kelemahan itu tidak terhimpun.  Guru juga dapat mengenal pasti kelemahan serta memperkembangkan lagi kekuatan dan potensi murid.

            Menurut Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd Sharani Ahmad (2004) menyatakan penilaian berterusan ialah penilaian ke atas sesuatu pengajaran dan pembelajaran mesti bermula daripada awal, semasa dan diakhiri pengajaran.  Penilaian ini dilakukan secara individu dan mengikuti perubahan yang berlaku daripada semasa ke semasa iaitu secara berterusan.  Selain itu, mereka juga berpendapat penilaian ini memberi maklum balas kepada guru daripada segi penyampaian dan juga bahan pengajaran bahan yang digunakan.

            Manakala menurut Mazzeo (2001) berpendapat pentaksiran berterusan memberi bukti yang lebih komprehensif, sahih, autentik, dipercayai dan adil berbanding dengan pengujian yang lain.

Secara kesimpulannya, penilaian berterusan ialah kemajuan perkembangan murid daripada awal, semasa dan diakhir pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan.  Kepekaan gurudalam penilaian berterusan ini dapat meningkatkan pencapaian setiap murid ke tahap yang optimum.





SyUkUr kE hAdRaT ILLAHI!!!

Hari ni aku n kwn ku (Huda n Teha) slmt dr brlaku kemlngn jln raya...KItaorg br je blik dr Kb Mall ptg td...Dlm pjlnan blik kami nyaris2 trlnggr kete dpn y brek scr mengejut....Slmt aku sempat brek kete aku n mengelak ke tepi...Aku rs bersyukur sgt2 sb dislmtkn dr kemalangan...Skrg aku rs fobia nk bw kete..Sb aku msh trkjt lg ng kjadian kemalangan y dialami oleh ayhku pd 4 hr y lps..Truk kete Grand Livina ayhku sblh kiri...Dh xnmpk rupa....Slmt ayhku hnya alami kecederaan ringan...

p/s : sblm kuar rmh bc doa naik kenderaan n ayt kerusi spy diselamatkn pjlnan ke destinasi y hndk dituju...



Thursday, March 3, 2011

Terencat Akal

Terencat akal ialah mereka yang menunjukkan kelambatan dalam perkembangan (Rohaty Mohd Majzub, 1992).
Intelligent Quotient (IQ) klasfikasikan skala terencat akal kepada 4 bahagian iaitu :
  • ringan (50-70)
  • sederhana (35-49)
  • teruk (20-34)
  • sangat teruk (bawah 20)
Terencat akal boleh dilihat melalui 2 aspek penting iaitu :
  • Kefungsian Intelektual
    • dikenal pasti apabila tahap intelektual kanak-kanak berfungsi di bawah paras normal
    • biasaya guna ujian kecerdasan
  • Tingkah Laku Adaptasi
    • dikenal pasti menurut sejauh manakah mereka berjaya menyesuaikan diri dengan alam sekeliling
Ciri-ciri Kanak-kanak Terencat Akal
  • Kadar pembelajaran yang rendah berbanding dengan rakan sebayanya
  • Kemajuan dalam bidang akademik amat terhad
  • Kesukaran dalam memahami idea-idea abstrak
  • Kesukaran dalam membuat generalisasi
  • Kemahiran bahasa yang lebih rendah berbanding rakan sebayanya
  • Kelemahan dalam pemindahan pembelajaran
  • Masalah ingatan. Mudah lupa jika tidak diberi latihan yang konsisten
  • Menunjukkan tingkah laku sosial yang kurang matang.
Pengurusan Bilik Darjah bagi Kanak-kanak Terencat Akal
  • Memerlukan masa yang lebih untuk menyiapkan tugasan
  • Arahan tugasan atau aktiviti kelas yang diberikan hendaklah ringkas, jelas dan langkah-langkah harus dinyatakan dalam urutan yang logikal
  • Arahan dipecahkan kepada bahagian kecil dan mungkin diulang
  • Kemahiran baru yang dipelajari perlu sentiasa diulang dan dipraktikkan
  • Sediakan aktiviti yang memberi pengalaman menggunakan deria sensori dan kemahiran motor
  • Sediakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)




Model Montessori

Matlamat Pendidikan Montessori

Persatuan Montessori Amerika menyatakan bahawa matlamat program Montessori bagi mengembangkan aspek-aspek :

  • Penumpuan
  • Kemahiran membuat pemerhatian
  • Kesedaran dari segi susunan dan urutan
  • Koordinasi
  • Keedaran dari segi tanggapandan kemahiran amali
  • Konsep Matematik
  • Kemahiran bahasa
  • Kemahiran menulis dan membaca
  • Kebiasaan dari segi seni kreatif
  • Kefahaman tentang alam semula jadi
  • Pengalaman dalam memahami sains sosial
  • Pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui teknik penyelesaian masalah
Kawasan dan Persekitaran Mengikut Montessori
  • Kawasan yang luas bagi membolehkan kanak-kanak bergerak dengan bebas
  • Dilengkapi dengan taman permainan 
  • Mempunyai kebun bunga
  • Persekitaran menarik dan menyeronokkan
  • Alat-alat permainan yang menarik
  • Bilik darjah yang dilengkapi dengan papan hitam yang digantung rendah
  • Atas papan hitam dihiasi dengan gambar-gambar yang boleh menarik perhatian murid
Peralatan Mengikut Montessori
  • Kerusi dan meja dibuat dalam saiz kanak-kanak
  • Kerusi dan meja ringan supaya kanak-kanak yang berumur dua hingga 4thn dapat angkat
  • Meja berbentuk tiga segi untuk 2 atau 3 org kanak-kanak duduk berdekatan
  • Terdapat meja kecil untuk digunakan bila kanak-kanak bekerja berseorangan
  • Alamari yang dapat dicapai oleh kanak-kanak untuk susun bahan-bahan pembelajaran
  • Tempat membasuh tangan yang redah
  • Sediakan rak meletak sabun, berus kuku, tuala, berus gigi
Bahan Pembelajaran Mengikut Montessori
  • Bahan didaktik dan dibentuk untuk mengajar pelajaran tertentu
  • Dibina dari mudah kepada yang lebih susah
  • Kanak-kanak diberi cabaran untuk selesaikan konsep yang lebih susah secara progresif
  • Bahan dibina dengan cermat
  • Menggunakan bahan semula jadi spt kayu yang telah divanis
Aktiviti Mengikut Montessori
  • Aktiviti Kehidupan Harian 
  • Aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria
  • Aktiviti yang bercorak akademik
Contoh Aktiviti Penggunaan Deria
  • Menara berwarna merah jambu
    • mengandungi 10 kiub
    • diperbuat daripada kayu yang mempunyai tekstur, bentuk dan warna yang sama
    • sume warna merah jambu
    • bermula ukuran kiub 1cm dan ditambah 1cm bagi setiap kiub
    • kiub terbesar ukuran 10cm
    • disusun secara menegak daripada yang terbesar ke yang terkecil
  • Tangga berwarna coklat
    • mengandungi 10 blok yang dibuat drpd kayu
    • beza dari segi ketebalan tapi warna sama iaitu coklat
    • susun drpd paling tebal ke paling nipis
    • paling tebal berukuran 10cm
  • Batang kayu berwarna merah
    • terdiri 10 batang kayu berwarna merah
    • mempuyai saiz yang sama tapi berbeza kepanjangan
    • bermula dari 10cm kpd 1cm
    • susun drpd paling panjang kpd paling pendek
  • Blok slinder
  • Botol untuk bauan
  • Kayu yang mempunyai keberatan yang berbeza

{}

Aktiviti Motor Halus dan Motor Kasar

Cadangan Aktiviti Motor Halus

  • Membentuk doh tepung menjadi bola menggunakan kedua tapak
  • Merenyukkan sehelai surat khabar menjadi bulat
  • Merantai manik
  • menjahit kad berlubang
  • Menguli, menggentel dan mencubit doh tepung
  • Melipat dan mengoyak kertas
  • menggunting kertas mengikut bentuk pada garis putus-putus
  • Menjentik getah atau tutup botol
  • Melukis gambar
  • Menconteng kertas
  • Mencabut atau mengambil objek menggunakan penyepit

Cadangan Aktiviti Motor Kasar
  • Memanjat gelungsur
  • Menjullur atau merangkak
  • Melompat tali
  • Bergayut
  • Mengimbang badan di papan imbang
  • Bertengteng
  • Berenang
  • Berjalan mengiring seperti ketam
  • Membaling bola
  • Melantunkan bola
  • Berlari

Friday, February 18, 2011

Kebosanan Diatasi!!!

Hr ni aku menghilangkn kebosanan dgn pelbagai aktiviti...Pd pkl2 ptg aku mencuci kereta kesayanganku iaitu kancil EX850...Keadaan kete ku sgt berhabuk n kotor..Maka aku mencuci la spy ia klhtn bersih n berkilat..Walaupun ia kete lama namun aku amat menyayanginya sb dia la temanku apabila aku hndk berjln ke mn2 ng mudah...
                                              
                                                        

Setelah penat membersihkn kete bhgn luar n dlm aku pun on9 facebok ku...Aku memberi msg kpd kwnku utk ajk kuar pd pkl5 ptg...aku ajk g Pantai Cahaya Bulan..Disebabkan terlalu letih aku pun terlelap sebentar...Sedar2 dh pkl5.15 petang...Aku terlupa bhw aku dh jnji ng kwnku utk g PCB...Aku pun kelam kabut g solat n siap2...Pada mulanya kwnku ingt sdh xjd g...Hehehe..Tp kami g gak n smpai di PCB pkl6 ptg...Aku g ng Teha, Kak Jue, Idah n Ina...Tetapi sbnrnya di PCB ada 2 jejaka y menunggu kedatangan kami slma 20 minit iaitu Zul n Yop...Kesian diaorg pnt menunggu..

                                                       

Kami mengambil byk gmbr y pelbagai aksi...Kalah model2 la...Mcm gaya ada...Yang lg best bila Yop wat lawak n main mcm bdk2 kcl kt pantai...Kami jadi xkering gusi melihat Yop...Memang sume hepy giler la ms ni...Rs sonok kuar ng kwn2ku...Slps itu, kami menuju ke masjid utk solat maghrib sblm ke KB Mall...

Di KB Mall, aku hnya g kdai buku POPULAR n mlht buku2 utk dibuat rujukan utk stdy ku...Namun aku berasa kecewa krn tidak ada buku y berkaitan dijual...Apabila sdh pnt bermain air pd waktu petang, kami pun bers kelaparan melanda...Aku  kwn2 isi perut di KFC...hahaha...Aku order Snack Plate...Namun seketul aym aku bw blek ke rmh sb tdk hbs mkn...Hr ni akq KFC 2 bg aku dua ketul aym y bsr saiznya mcm dlm gmbr..D la aku beli satu Fun Fries saiz bsr...

                                                         

Selepas melantak di KFC, kami menuju ke airport utk lepak2...(sb kitaorg dh xtau nk g mn dh selain airport)...hahaha...Memang situ je la tmpt kami lepak2 klu kebosanan melanda..Dpt la kitaorg tgk sebuah kpl terbang firefly bru nak naik...hihihi...Yang lg bestnya, aku n Teha kenakan Yop dgn menyorokkan topi keledarnya....Alngkh kelam kabutnya dia mencari topi kelendar y hilang...Aku n Teha menahan ketawa...(jht gak kitaorg ni)..hihihihi...

                                                      

I2 la diariku utk hr ni bg menghilangkn kebosanan...Aku ingin mengucapkan ribuan terima ksh kt Teha, Kak Jue, Idah, Ina, Yop dan Zul...Hr ni korg sume mmg best n lawak...Aku berasa sgt seronok....Lps ni kita g kuar lg yek...Rs xpuas lak kuar sama2 td...


                                                        


{

Monday, January 17, 2011

CiNtA...=)


Apa y rkn2 sume fhm mengenai cinta y sebenarnya???Terpulang la pada setiap individu utk mentafsirkannya secara terperinci....Pada pandangan Aqilah cinta itu buta...Apabila kita mencintai seseorg, kita akn sgt2 syg n ksh pd dia sehinggakan kita nmpk dunia kita ini terlalu indah...


Hari ni Aqilah dpt mempljri sesuatu y bermakna n hendak dikongsi bersama rakan-rakan sume....
Kita jgn la terlalu mencintai seseorg dgn spnh hati kecuali cinta kita pada Allah, Nabi, Rasul dan keluarga....Namun cinta n ksh syg diberikan oleh Allah adlh y plng kekal abadi wat selamnya....Bak kata pepatah Melayu, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas(ntah betol ke x...hehehe...)....


Andai kata kita terlalu memberi pengharapan n memasang angan2 y terlalu tinggi utk bersma shdp semati dgn kekasih kita, blm tentu ia ditakdirkan begitu...Sekiranya Allah ingin memberi ujian pd kita kemungkinan cinta kita akn menghdpi sebrg mslh y tdk dpt dielakkan....Oleh itu, Aqilah ingin memperingtkn bhw simpan la 30% perasaan cinta itu kpd diri....Jgnlah 100% cintakn seseorg...Ia akn memberi ksn y amt mendlm trhdp diri kita sekiranya diri kita terlalu kuat serta tabah...Malah akn mengundag kpd gangguan emosi n perasaan y amt kritikal...


Kata orang, cinta tak mengenal masa, usia, mahu pun paras rupa mahupun kaya atau miskin.. bila cinta sudah berputik tiada apa yang manjadi halangan. Begitu beruntung jika cinta yang bersemi di sambut mesra apatah lagi jika cinta itu kekal hingga ke gerbang perkahwinan.





Tetapi bagaimana pula sekiranya impian yang dibina musnah di tengah jalan. Kerana tidak semestinya cinta yang di hulur akan bersambut malah tidak ada satupun undang-undang di dunia yang mewajibkan setiap percintaan akan berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan. Semestinya keperitan yang di alami dapat menerbitkan air mata malah ada juga yang menjadi trauma untuk bercinta lagi. Sesungguhnya bukan mudah untuk mengajar hati, menerima seseorang yang baru dalam hidup, apatah lagi untuk menjadikan seseorang itu sebagai teman yang teristimewa di hati, sehingga sanggup menanti walau bertahun.






Kasih tidak akan dapat berputik sekiranya ia hanya hadir pada sebelah pihak sahaja. Ibarat bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi. Tetapi bagaimana pula kiranya ada yang menjadikan perasaan itu sebagai satu eksperimen, ujikaji ataupun hobi masa lapang yang sekadar dijadikan batu loncatan sebelum bertemu dengan seseorang yang menepati citarasa sebenar?

"Jika saja kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir"





Sunday, January 16, 2011

KONTEST BLOG PALING COMEL!!!

AkU tAk PeNaH lAgI jOiN mAnA2 kOnTeSt Lagi!!
Ni La FiRsT tImE aKu BaRu NaK JoIn....
Aku tertarik dgn kontest ni...Penganjurnya hanya seorg budak yg baru berusia 14tahun...
Aku yang dh besar ni pun baru je nk menceburi mengenai blog..
Tp bdk ni dh blh wat kontest....

Sumber :  http://creamlovebunny.blogspot.com/


AnDaI kAtA bLoG aNdA cOmEl DaN mEnArIk, MaRiLaH rAmAi2 SeRtAi KoNtEsT ni.........=)


syarat-syaratnya

 warga negara MALAYSIA .
memang warganegara Malaysia spt y tertaluk dlm I/C...

 semua jantina diterima
Maka aku layak sertai sb aku ada jantina...iaitu perempuan...

 ada blog! takder blog .. ditolak !
Ada blog la...sb 2 nk msk kontest ni....

 kena follow blog aku.. tak nak follow takper.. tak der paksaan :)
Dah Follow Bella...peace (^^,)

 tag 4 orang rakan anda, yang anda yakin leh join


tarikh tutup

5.2.2011 ... itupun melebihi 100 orang penyertaan .


hadiah

DUIT menanti anda !


Hargai Ibu Kita!!!!

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... .mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......