Wednesday, December 22, 2010

TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

TEORI KEMATANGAN (ARNOLL GESSELL)
Arnoll Gesell berpendapat perkembangan kanak-kanak adalah mengikut pola-pola tertentu. Pekembangan juga adalah berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain. Perkembangan individu adalah unik, ianya juga perlu dihormati dan tiada paksaan dalam sesuatu perkembangan itu baik dari segi perkembangan fizikal, perkembangan emosi atau perkembangan kognitif.


5 Peringkat Perkembangan Gesell

  1. Peringkat Satu dari  0 – 1 Tahun
  • Pada usia 1 bulan bayi boleh menangis untuk meminta sesuatu daripada orang dewasa yang menjaganya, samada meminta perhatian belaian atau makanan.
  • Pada usia  4 bulan bayi akan berupaya untuk menggunakan mata  untuk mengikut objek yang bergerak di hadapannya.
  • Di usia 7 bulan bayi akan berupaya menggenggam, merangkak, duduk.
  • Pada umur 12 bulan kanak-kanak sudah berupaya untuk berlari.

  1. Peringkat 2 dari 1 tahun – 2 tahun
  • Kanak-kanak mula bertatih, memperkukuhkan otot kaki untuk berjalan dengan lebih stabil dan mula boleh berlari.
  • Kanak-kanak juga tahu perkataan ‘jangan’ dan memahami makna perkataan itu di mana kanak-kanak berhenti dari melakukan sesuatu perbuatan yang mereka lakukan apabila mendengar perkataan ’jangan’
  • Kanak-kanak menguasai bahasa namun percakapan adalah  pelat.

  1. Peringkat 3 dari 2 tahun – 3 tahun
  • Kanak-kanak boleh berjalan sendiri dengan pengawasan ibu bapa
  • Mereka juga sudah mampu menggunakan ayat mudah.

  1. Peringkat 4 dari umur 3 tahun  - 4  tahun
  • Kanak-kanak mampu menunggang basikal roda tiga
  • Kanak-kanak juga sudah boleh mendengar arahan dan mematuhi arahan ibu bapa.

  1. Peringkat 5 dari usia 4 tahun ke atas.
  • Kanak-kanak mula bersosialisasi dan berkawan.
  • Mereka juga akan suka bertanya tentang perkara-perkara atau benda-benda yang mereka tempuhi atau lihat di sekeliling mereka.
  • Pada usia ini mereka sudah bersedia untuk  dihantar ke prasekolah

TEORI KEMATANGAN ROBERT HAVIGHURTS
Robert Havighurts menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor budaya, biologi dan sosial. Ketiga-tiga faktor ini membentuk perkembangan kanak-kanak.



Tahap Perkembangan Kanak-Kanak Havinghurst.

Perkembangan kanak-kanak 0 – 6 tahun.
  • Kanak-kanak mengalami perkembangan yang pesat dan mereka mula bercakap dan berinteraksi dengan orang dewasa sekeliling mereka.
  • Pada umur  6 tahun kanak-kanak boleh bertolak ansur, bertimbangrasa dan mendengar pendapat orang lain. Mereka juga dapat membezakan antara betul dan salah namun pertimbangan mereka adalah kurang matang.


Perubahan saiz badan dan rupa paras.

Di usia prasekolah kanak-kanak sudah pun mengalami tumbesaran yang pesat. Tubuh badan mereka sudah membesar dan tiada lagi ciri-ciri bayi dilihat. Di kala in 12 peratus dari berat badan adalah lemak badan, otot perut mereka agak kemas tidak lagi buncit seperti ketika mereka masih bayi. Otot-otot mereka sudah kuat, tangan dan kaki sudah menjadi lebih panjang dan saiz kepala adalah bersesuaian dengan saiz badan.

MODEL PERSEPSI MOTOR PIAGET
Kanak-kanak perlu diberi latihan bagi menerima maklumat dengan tepat melalui deria (sensori). Maklumat ini kemudiannya perlu diinterpretasi dengan tepat yang dikenali sebagai proses persepsi. Kemahiran ini amat penting dalam perkembangan gerakan dan tindakan kanak-kanak tersebut. 

Terdapat enam bentuk persepsi iaitu; 
  • penglihatan, 
  • pendengaran, 
  • kepekaan anggota badan, 
  • sentuhan, 
  • bau,
  • rasa. 


Antara kesemua ini, penglihatan dan kepekaan tubuh badan (kinestetik) adalah persepsi yang sangat penting dalam perkembangan fizikal kerana kedua-duanya berhubung terus kepada kebolehan prestasi motor ( Gabbard, 2004). 

Persepsi penglihatan mempunyai beberapa bahagian, di antaranya ialah :
  • persepsi ketekalan (Persepsi ketekalan merujuk kepada kebolehan kanak-kanak membuat pemerhatian dan membandingkan. Perbandingan yang dibuat adalah bagi mengesan ciri sepunya, yang sama atau berbeza antara dua objek)
  • orientasi ruang  (Kebolehan kanak-kanak melihat hubungan antara sesuatu objek di suatu ruang kawasan dengan objek lain atau kepada orang lain yang terdapat dalam persekitaran tersebut.)
  • corak persepsi/ kedudukan dalam ruang  (Kebolehan menentukan secara menegak atau arah apabila sesuatu objek diletakkan dalam kedudukan yang berbeza.) 
  • persepsi mendalam, kawasan penglihatan  (Kebolehan kanak-kanak menganggarkan jarak menegak (vertical) antara dua tempat.  Contohnya melompat bagi melepasi halangan seperti lari lompat berpagar. Kanak-kanak memerlukan persepsi jarak yang betul untuk melompat dengan kadar daya yang sesuai)
  • persepsi gerakan  (Kebolehan deria atau kepekaan terhadap gerakan dan kedudukan badan. Maklumat diperoleh daripada dalam badan melalui reseptor yang terdapat di dalam otot, tendon dan sendi dan juga melalui sistem keseimbangan yang terletak dalam sistem auditori telinga. Persepsi ini membantu kanak-kanak mengekalkan kedudukan badannya yang seimbang dan stabil)
  • persepsi koordinasi visual-motor (Melihat bagaimana tindakan kanak-kanak dalam mengkordinasi mata dan anggota badan. Contohnya kanak-kanak dapat membuat koordinasi yang tepat antara tangan dan mata  atau kaki dan mata)


Persepsi terhasil apabila kanak-kanak ini memperoleh maklumat atau rangsangan daripada persekitaran. Rangsangan ini dikesan melalui organ deria mata dalam bentuk rangsangan penglihatan cahaya.


1 comment: