Wednesday, December 22, 2010

PENDERAAN KANAK-KANAK

KONSEP PENDERAAN KANAK-KANAK

Para pengkaji penderaan kanak-kanak melihat terdapat pelbagai jenis penderaan kanak-kanak yang saling berkait rapat. Jenis penderaan akan dipecahkan kepada empat kategori seperti berikut :-
• Penderaan Fizikal
• Penderaan Seksual
• Penderaan Emosi
• Pengabaian kanak-kanak

Penderaan Fizikal
Penderaan fizikal sebagai satu fenomena sosial yang ditakrifkan sebagai keganasan secara fizikal terhadap kanak-kanak oleh ibubapa , penjaga atau sesiapa sahaja yang bertanggungjawab melindungi kanak-kanak tersebut.

Ammermen dan Hersen ( 1990: 26 ) berpendapat bahawa ” faktor tambahan yang memainkan peranan dalam mendisiplinkan penderaan fizikal termasuk pendekatan disiplin dikalangan ibubapa , keceraan yang dialami, kesan pada tingkah laku dan keseriusan kecederaan kanak-kanak. Pemboleh ubah penting yang perlu diuji adalah bentuk niat yang menyebabkan mereka didera ataupun kecederaan fizikal dan digabungkan dengan situasi keluarga yang melakukannya menyebabkan definisi penderaan fizikal menjadi kompleks.

Akta Kanak-Kanak 2001 pula mentakrifkan bahawa seseorang kanak-kanak dicederakan daripada segi fizikal jika ada kecederaan dan boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu yang didalilkan antara lain, laserasi, konstusi, lelasan, parut, patah atau kecederaan tulang lain, dislokasi, seliuh pendarahan,
pecah viskus, luka terbakar, melecur, hilang atau berubah kesedaran atau fungsi fisiologi seperti gugur rambut atau gigi.

Pakar perubatan yang mendefinisikan penderaan fizikal sebagai tindakan yang boleh menyebabkan kecederaan seperti pendarahan otak, lebam yang teruk, kecacatan akibat perderaan fizikal, retak dan patah tulang, bekas gigitan, lecur dan terbakar dicucuh putung rokok. Disamping itu kajian pihak hospital ada membuktikan bahawa penderaan fizikal boleh membawa maut kepada dua kumpulan kanak-kanak iaitu kanakkanak cacat sejak dilahirkan dan juga kanak-kanak cacat akibat penderaan tersebut.

Menurut Mohd Sham Kasim ( 1994 ) cara dan alat yang digunakan untuk mendera selain memukul manggunakan tangan, dirotan, disebat, digigit, disimbah air panas, dicucuh dengan besi atau benda panas, puntung rokok atau ubat nyamuk, dirantai, diikat, dikurung, dikunci didalam bilik atau rumah, ditumbuk, disepak, diterajang, dicubit, dikepit, atau dipulaskan telinga dan sebagainya.

Pakar perubatan juga mendapati kadangkala penderaan fizikal mempunyai hubungkait dengan
lain-lain jenis penderaan seksual, emosional dan pengabaian kanak-kanak.

Penderaan Seksual
Penderaan seksual merujuk segala bentuk aktiviti seksual yang mempunyai tujuan memenuhi nafsu seks orang dewasa, melalui pornografi, gambar, perakam suara filem, Perakam video atau mengeploitasi bahagian sulit kanak-kanak. Penderaan seksual melibatkan kanak-kanak adalah dengan cara mencabul kehormatannya, dirogol dan dipaksa melacur.

Akta Kanak-Kanak 2001 mentakrifkan bahawa seseorang yang terlibat dalam kes penderaan seksual kanak-kanak adalah apabila dia mengambil bahagian sama ada sebagai peserta atau pemerhati dalam apa-apa aktiviti yang bersifat seks bagi maksud apa-apa bahan pornograf, rakaman, filem, pita, video atau persembahan yang bersifat pornografi, lucah, atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.

Menurut Schecheter dan Roberge (1976) dalam sesetengah hal kanak-kanak menjadi mangsa penderaan seksual di kalangan keluarga seperti sumbang muhrim, contohnya atau bagi upacara ritual tertentu.

Menurut Finkelhor pula (1979 :23 ) faktor-faktor lain yang perlu diberi perhatian mengenai penderaan seksual adalah umur pelaku, bentuk perlakuan atau kejadian, samada mangsa mengizinkan pelakuan tersebut, umur mangsa, jantina dan hubungan mangsa dengan pelaku dan akibat perlakuan tersebut atau kejadian terhadap kanakkanak tersebut.

Beberapa ahli psikologi berpendapat bentuk penderaan ini akan membawa implikasi buruk kepada perkembangan emosi seseornag kanak-kanak yang mangsa penderaan ( Davidson dan Nicol, 1993 :47,) oleh yang demikian penderaan seksual mempunyai kaitan erat dengan penderaan emosional.

Penderaan Emosi
Penderaan emosional merujuk kepada bentuk gangguan psikologi terutama dari segi mental dan emosional, samada didera atau dianayai oleh ahli keluarga yang terlibat. Emosi adalah rasa dalaman yang dapat dilihat sebagai sedih, marah, meradang, benci, geram, sakit dan sebagainya ( lihat Kieran O’ Hagen 1993:22 ).

Penderaan emosional merangkumi tidak memberi kasih sayang yang cukup atau membenci kanak-kanak tersebut, kanak-kanak tidak dihiraukan, tidak dilayan kerenahnya, pergaulan mereka disekat misalnya tidak dibenarkan berkawan atau bermain sesama mereka, mereka sering dimarahi, ditakut-takuti dan ahli keluarga bermusuhan dengan kanak-kanak.

Akta Kanak-Kanak 2001 mentakrifkan bahawa seseorang kanak-kanak dicederakan daripada segi emosi apabila ada gangguan yang ketara atau boleh dilihat pada fungsi mental dan emosi kanak-kanak itu yang didalilkan antara lain, kelcelaruan mental atau tingkah laku termasuk keresahan, kemurungan, penyendirian atau tumbesaran yang lambat.

Penderaan emosional dikalsifikasikan sebagai penderaan atau pengabaian apabila ianya mencapai tahap ekstrem atau melibatkan bentuk penderaan yang lain.

Menurut Whiting (1976 :3 ), punca utama kanak-kanak terganggu secara emosi adalah disebabkan oleh ibubapa ; penderaan bentuk ini berlaku apabila kanak-kanak tersebut dihalang atau tidak memberi rawatan yang sewajarnya oleh ibubapa atau penjaganya. Bentuk penderaan ini sukar dikenalpasti. Ianya dapat dilihat bertahaptahap melalui tingkah laku mengikut perkembngan umur kanak-kanak.

Menurut Skus (1993:28) penderaan emosi bermula sejak mangsa berumur 6 hingga 8 bulan, umur prasekolah, umur persekolahan dan umur remaja.  Setiap perkembangan umur kanak-kanak akan menunjukkan perubahan tingkah laku yang aneh. Contohnya pada umur persekolahan mangsa sering ponteng sekolah, tidak berminat terhadap pelajaran, kelihatan murung, suka mengasingkan diri dan
sebagainya.

Implikasi yang lain dapat dilihat pada kes penderaan emosi adalah pengabaian
ibubapa atau pendera terhadap kanak-kanak tersebut

Pengabaian Kanak-kanak
Pengabaian kanak-kanak merujuk kepada pengabaian terhadap penjagaan kanak-kanak daripada segi keperluan asas seperti keselamatan, makanan berkhasiat, pendidikan, rawatan emosi dan fizikal ( Ammerman dan Hersen ,1990:28 ). Salah satu contoh adalah kanak-kanak yang dipaksa bekerja.

Akta Kanak-Kanak 2001 mentkrifkan pengabaian kanak-kanak sebagai membiarkan sesorang kanak-kanak tanpa pengawasan dan pemeliharaan yang berpatutan bagi akan kanak-kanak itu, termasuk tidak menyediakan makanan dengan secukupnya memberi pakaian, rawatan keshatan atau tempat kediaman yang sempurna. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan merasa tersisih dan tidak tentu arah. Oleh itu kanak-kanak berkenaan mempunyai perasaab takut apbila berhadapan dengan orang lain dan mereka
akan berkelakuan ganjil. Mereka takut menjalani kehidupan ini dan sentiasa mengasingkan diri.

Menurut Kieran O’ Heagen (1993:101) keadaan seumpama itu menyebabkan tekanan jiwa kepada kanak-kanak mengasa penganiayaan. Kanak-kanak yang teraniaya terutama yang berumur 6 hingga 9 tahun keatas selalunya mengalamigangguan emosi dan personaliti.

Kebanyakan pendera adalah ibubapa kandung atau penjaga rapat kepada kanak-kanak yang menhadapi masalah tekanan jiwa atau pemabuk.  Pengabaian kanak-kanak bukan sahaja mengganggu psikologi kanak-kanak, malah boleh mengganggu perkembangan tumbesaran mereka.

Menurut Skuse, (1993:31) kanak-kanak didera dan diabaikan untuk jangka masa yang lama akan membantutkan tumbesaran; dikenali sebagai ’ disoders of biological rhythms’ contohnya kanak-kanak menjadi pendek dan kurus. Konsep penderaan dan pengabaian yang saling berkait ini di pengaruhi oleh pelbagai faktor.

3 comments:

  1. Salam saya nk tya mcm mna cra mahasiswa mengatasi masalah penderaan kanak-kanak???

    ReplyDelete
  2. kejahatan enggak mau gue mengright click...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tu bkn kjhtn tp informasi n mklmt la..kuang3~~~

      Delete