Wednesday, December 22, 2010

MOTOR KASAR DAN MOTOR HALUS

MOTOR HALUS
Perkembangan motor didefinisikan sebagai proses yang mana perlukan bagi membentuk cara mereka melakukan gerakan. 

Perkembangan motor yang baik bukan sahaja penting bagi kanak-kanak membuat gerakan. Perkembangan motor juga merupakan keperluan asas bagi pembelajaran seorang kanak-kanak.  Semua aktiviti termasuk manipulasi mimik muka melibatkan penggunaan motor halus.

Kemahiran motor halus juga melibatkan pergerakan manipulatif. Pergerakan ini memerlukan kanak-kanak mengawal penggunaan anggota badan mereka seperti tangan dan kaki.  Misalnya kebolehan kanak-kanak untuk memegang, membuka dan melepaskan gengaman.  Malahan aktiviti seperti melambaikan tangan atau membaling objek juga dapat mengembangkan motor halus kanak-kanak tersebut.

Tansley (1967) menyatakan pemahaman kendiri kanak-kanak tentang anggota badan dan kebolehan gerakan badan mereka berkait rapat dengan apa yang mereka  rasa selesa dengan diri mereka. 

MOTOR KASAR
Kanak-kanak yang sedang membesar, misalnya seawal umur 3 tahun perlu diberi aktiviti yang dapat menggunakan otot dan anggota badan mereka. Aktiviti ini akan dapat menggalakkan pembinaan kekuatan otot, keseimbangan, dan sokongan tubuh badan kanak-kanak.  Selain itu, aktiviti ini juga akan merangsang keyakinan diri kanak-kanak. Aktiviti seperti berbaring, meniarap, berguling dan merangkak merupakan aktiviti yang baik untuk perkembangan motor kasar kanak-kanak ini ( Doherty & Brennan, 2008).

Kemahiran motor kasar pada tangan melibatkan kebolehan kanak-kanak untuk berpaut dan memegang dengan stabil. Kanak-kanak juga akan cuba untuk memijak secara tetap. Aktiviti ini akan menguatkan otot kaki kanak-kanak. Selain itu, mereka juga akan cuba menggunakan bahagian badan dan mengubah kedudukan badan untuk memastikan mereka dapat memanjat.  

Melalui aktiviti seperti ini juga kanak-kanak akan mengembangkan kemahiran mereka untuk mengawal keseimbangan badan. Aktiviti seperti ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahagian anggota badan mereka untuk mengawal keseimbangan. Mereka juga akan belajar bagaimana mengawal keseimbangan di tempat yang rata, di atas palang,  atau semasa memanjat. Menurut Horvat et.al. (2007) kebolehan motor termasuk keseimbangan, kawalan postur badan, agility, koordinasi badan, koordinasi mata-anggota badan, dan kekuatan dan kelenturan yang diperlukan untuk menunjukkan kebolehan motor anggota bdan.

Pergerakan badan dari satu tempat ke tempat yang lain (pergerakan locomotor) juga dapat mengembangkan motor kasar kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak dikehendaki untuk merangkak atau melompat seperti arnab. Aktiviti ini akan mengembangkan penggunaan motor kasar.  Kanak-kanak akan mengembangkan kebolehan pergerakan fizikal dalam aktiviti seperti ini. 

CONTOH AKTIVITI MOTOR KASAR DAN MOTOR HALUS
Motor halus
Motor kasar
Bermain pasir
Berjalan (lurus atau bengkang-bengkok)

Mengikat tali kasut
Berkawad seperti askar

Memasang butang baju
Berlari dan berhenti mengikut arahan

Mengguna sudu dan garpu
Melompat setempat

Membentuk objek dari plastisin
Melompat seperti katak

Memotong kek atau mainan plastisin
Meniru gerakan haiwan (kucing, arnab, ular)

Melekatkan gambar
Memegang palang dan berhayun

Menggunakan ‘mouse’ komputer
Memanjat tempat mainan

Menulis nama
Membaling dan menangkap bola

Melorek atau mewarna gambar
Menendang dan menolak pelbagai objek seperti gelung rotan

1 comment:

  1. hello...boleh i minta artikel u?saya ada maklumat perlu dr artikel u..thnx...email ke chiammoiching@ymail.com

    ReplyDelete