Wednesday, December 22, 2010

KONSEP KESELAMATAN DI PRASEKOLAH

KONSEP KESELAMATAN

Keselamatan merujuk kepada perlindungan yang diberi kepada kanak-kanak dan orang dewasa terhadap kemalangan, kecederaan dan ancaman yang selalunya berkaitan dengan amalan, sikap dan persekitaran. Kecederaan yang tidak sengaja adalah punca kematian utama dan kejadian kurang upaya pada kanak-kanak 14 tahun ke bawah (Pan et al., 2006). 

Kanak-kanak memerlukan pemerhatian istimewa dalam aspek keselamatan kerana kesihatan mereka dipengaruhi secara terus oleh persekitaran mereka. Oleh itu, kesedaran keselamatan diserap dengan lebih awal melalui program pendidikan awal untuk mengelak daripada kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.  Seharusnya usaha-usaha untuk mencegah kecederaan yang secara tidak sengaja dan kematian menjadi tanggungjawab utama setiap ibu bapa, guru dan penjaga pusat penjagaan kank-kanak.  Kemalangan yang menyebabkan hanya kecederaan ringan pun dapat menyebabkan kesan yang serta merta kepada kesihatan kanak-kanak.  

Konsep Keselamtan bagi Kawasan

Kawasan yang terdapat disesebuah prasekolah perlulah bersih dan selamat dari segala bahaya. Untuk itu guru perlulah memastikan bahawa persekitaran luar dan dalam prasekolah hendaklah bersesuaian dan kondusif untuk kanak-kanak. 

Bagi persekitaran dalaman bangunan prasekolah ianya hendaklah sentiasa bersih dan kemas. Terutama dengan sudut-sudut pembelajaran. Seboleh-bolehnya eloklah ruangan dalaman prasekolah tidak terlampau banyak dengan perabot memadai untuk kesesuaian pengajaran dan pembelajaran sahaja. Ini secara tidak langsung akan memudahkan  untuk kanak-kanak bergerak dan menjalaqnkan aktiviti.

Bagi persekitaran luar prasekolah pula perlulah disusun dengan bagitu baik sekali. Elakkan jangan terlampau sesa

Konsep Keselamatan bagi Peralatan

Kebanyakan kematian dan kecederaan kanak-kanak yang melibatkan alat mainan adalah disebabkan tercekik dan cara penggunaan yang salah (U.S Consumer Product Safety Commision, 2003a; Nakamura, Pollack-Nelson & Chidekel, 2003). Kebanyakan kecederaan ini dapat dielakkan dengan memilih alat mainan yang dibangunkan sewajarnya. Minat kanak-kanak, ciri-ciri sikap kanak-kanak dan keupayaan perkembangan kanak-kanak menjadi kunci terhadap faktor yang perlu dititikberatkan semasa memilih alat permainan. 

2 comments:

  1. Terima kasih kerana berkongsi ilmu nie...mmg sgt berguna utk bakal guru dan guru2 yang ad...aspek keselamatan perlu dititikberatkan kerana ia merupakan salah satu elemen utama dalam pembentukan sesebuah pusat asuhan...

    ReplyDelete