Wednesday, December 22, 2010

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik merupakan cara yang lebih teliti lagi dalam penyampaian isi pelajaran itu.

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani. Antara kaedah yang disarankan ialah :
1.        Kaedah Kuliah
2.        Kaedah Perbincangan
3.        Kaedah Kuliah-Demonstrasi
4.        Kaedah Latihan
5.        Kaedah Penemuan
6.        Kaedah Projek
7.        Kaedah Persembahan Lisan
8.        Kaedah sebahagian-keseluruhan.

Kesemua kaedah-kaedah diatas boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani (PJ), tetapi hanya dua kaedah yang popular digunakan iaitu kedah kuliah dan keadah kuliah-demonstrasi.

KAEDAH KULIAH
Kaedah ini adalah kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia lazim digunakan didalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal. Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah. Dengan itu kuliah perlu digunakan untuk memberi motivasi kepada pelajar atau memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia lebih berkesan lagi jika bergabung dengan teknik lain.

Berikut adalah satu contoh kuliah yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani :
1.        Pengenalan
2.        Menerang dan menjelaskan skop pelajaran
3.        Memeberitahu pelajar apa yang dikehendaki daripada mereka
4.        Cuba membangkitkan minat
5.        Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan pelajar termasuk pelajar di barisan belakang.
6.        Persembahan
7.        Kuat tetapi nada mesra
8.        Jelas percakapan dan pilih perkataan yang sesuai
9.        Huraikan istilah yang digunakan
10.     Bercakap dengan semua pelajar
11.     Menggunakan teknik-teknik lain seperti penyoalan, papan tulis, demonstarsi dan lain-lain
12.     Ulang butiran penting
13.     Guna lawak jenaka
14.     Mengatahui isi kandungan pelajaran dan yakin
15.     Penutup
16.     Mengulangi point-point utama
17.     Menggalakkan perbincangan
18.     Meneguhkan point yang lemah

KAEDAH KULIAH – DEMONSTRASI 
Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demonstarsi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstarsi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan.

Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstarsi yang boleh 
dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani :
·          Pendahuluan
·          Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh duduk, melutut dan berdiri
·          Mnegenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah
·          Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini
·          Demonstrasi
·          Melakukan demonstarsi mengikut kadar pergerakan sebenar
·          Ikut cara dan prosedur yang piawai
·          Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan
·          Demonstrasi dan pengajaran
·          Semasa membuat pelakuan , beri butiran yang sepatutnya
·          Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan
·          Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia tidak diberitahu.
·          Gunakan kaedah ansur maju dan megajar mengikut turutan yang sebenarnya.
·          Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas.
·          Ulang demonstarsi dan butiran yang penting
·          Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit
·          Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan
·          Beri butiran penting
·          Penutup
·          Ulang butiran penting
·          Menggalakkan perbincangan
·          Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran

KAEDAH ATAU GAYA PENGAJARAN
Terdapat beberapa gaya atau keadah yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalan pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Gaya-gaya yang dipraktikan mestilah membawa satu objektif iaitu setiap murid akan dapat manfaat daripada gaaya yang dikemukakan. Gaya atau kaedah pengajaran boleh dibahagikan kepada 3 kategori yang utama iaitu :
ü     Kaedah/Gaya Langsung
ü     Kaedah/Gaya Gabungan
ü     Kaedah/Gaya Tidak Langsung

GAYA LANGSUNG GAYA GABUNGAN GAYA TIDAK LANGSUNG
Gaya Arahan
Gaya Tugasan
Limitasi
Penemuan
Terbimbing
Penyelesian masalah latihan
Bertindak balas
Semak kendiri
Penerimaan beramai
Penerokaan

GAYA LANGSUNG
Gaya ini mementingkan guru. Seseorang guru membuat semua atau kebanyakan daripada keputusan tentang apa, bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula. Gaya ini berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang menerangkan 
bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar kedalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul (Gallahue, 1993). Guru dianggap mengetahui bagaimana kemahiran pergerakan dilakukan dengan cara yang betul. 

KELEBIHAN KELEMAHAN
§     Kaedah yang berkesan
§     Berfokus kepada yang ingin dipelajari
§     Tidak banyak peluang untuk salah faham dan salah interpretasi
§     Persekitaran pembelajaran yang berstruktur
§     Tidak ambil kira perbezaan individu (kesesuai perkembangan), anggap pelajar mencapai tahap
§     pembelajaran dan kemajuan yang sama (kesesuai umur kumpulan)
§     Lebih mementingkan matlamat atau hasil pengalaman pembelajaran daripada proses pembelajaran itu.

GAYA TIDAK LANGSUNG
Gaya ini berpusatkan pelajar. Ia berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri. Ia berdasakan Teori Pembelajaran Kognitif yang mengangapkan pembelajaran sebagai satu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalag sama penting dangan hasil pembelajaran berkenaan.

KELEBIHAN KELEMAHAN
§     Membolehkan pelajar menetapkan matlamat dengan cara mencapainya
§     Memberi kebebasan kepada pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk bertanggungjawab
§     Mengambil kira perbezaan dikalangan pelajar
§     Memberi peluang kepada pelajar merasai kejayaan pada tahap kebolehan sendiri.
§     Memakan masa yang panjang. Lebih masa untuk cuba-jaya, bersoal-jawab.
§     Memerlukan guru-guru untuk berlatih dan bersabar. Guru yang tidak biasa dengan gaya ini sentiasa menghadapi masalah untuk menggunakannya secara berkesan.
§     Sukar untuk mengawal kelas
§     Sukar untuk memastikan kesinambungan dalam pelajaran

GAYA ARAHAN
Dalam gaya ini ,guru mengawal APA yang akan dipelajari,BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti>Pelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan proses yang dicadangkan oleh Gallahue( 1995).Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut :
1.        Mengawal penuh pengajaran
2.        Memilih aktiviti
3.        Menentukan bagaimana dan bila
4.        Mengawal tingkah laku
5.        Menilai keputusan
6.        Menjimatkan masa untuk membuat percubaa
7.        Individu mendapat kurang perhatian

CIRI – CIRI GAYA ARAHAN
§     Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang kemahran yang akan dipelajari oleh pelajar .
§     Pelajar berlatih.
§     Guru memberi komen am tentang prestasi kelas. 
§     Jika perlu,guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut.
§     Pelajar berlatih.Guru memberi tunjuk ajar kepada pelajar yangmemerlukan bantuan secara individu atau atau berkumpulan.
§     Menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai serta menilai perlakuan
§     Penemuan Terbimbing
§     Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah llimitassi ( Bilbrough & Jones, 1968 ) .Ia memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru.Sebagai contoh ‘ Cari dua cara untuk mengimbangkan badan dengan tiga titik’

KELEBIHAN –KELEBIHAN
§     Membenarkan penglihatan lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran.
§     Mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar dan pelajar mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri.
§     Memupuk pembangunan arah kendiri
§     Penyelesaian Masalah
§     Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang,memahami masalah dan memikir dengan logik dan sistematik.

Di dalam kelas pendidikan jasmani,selepas guru memberi beberapa soalan,pelajar-pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah-angkah berikut :
1.        Menganalisi dana memahami masalah
2.        Menyenaraikan syarat-syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah.
3.        Guna pelbagai startegi untuk mendapatkan maklumat –maklumat
4.        Membentukkan jawapan yang mungkin
5.        Pilih dan uji penyelesaian alternatif
6.        Pilih penyelesaian paling sesuai.
7.        Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.

KELEBIHAN-KELEBIHAN
ü     Kaedah ini mengalakkan interaksi antara pelajar-pelajar.
ü     Ia memupukkkan tahap pemikiran kognitif yang tinggi
ü     Ia menggalakan ingatan tentang apa yang dipelajari.
ü     Kelemahan kelemahan
ü     Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusat guru.
ü     Kaedah ini kadangkala suar untuk melibatkan setaip pelajar dengan berkesan.Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.

Kejayaan gaya penyelesaian masalah bergantung kepada :
·          Kesediaan pelajar untuk mengambil bahagian dalam pengalaman pembelajaran.
·          Keupayaan guru untuk memberi masalah dan membimbing prose penyelesaian itu.
·          Mengikut Thomas,Lee & Thomas (1988) ,gaya pengajaran yang dipilih bergantung kepada tugas mengajar,objektif pengajaran dan sifat pelajar.

TANDA-TANDA PENDERAAN KANAK-KANAK

TANDA-TANDA PENDERAAN FIZIKAL
Beberapa tanda yang menjadi rujukan yang mengesyaki berlakunya penderaan adalah lebam, patah, melecur dan kulit terbakar serta kecederaan mata.


LEBAM
Penderaan berlaku apabila terdapat kesan-kesan lebam pada bayi yang berumur bawah setahun di bahagian pipi, kepala dan telinga selain itu ditemui juga kesan pendarahan didalam kulit yang berpunca daripada pegangan dan rentapan yang kasar, lilitan dan gigitan pada bahagian jari. Begitu juga dengan lebam pada muka, lengan dan tangan atau kedua-dua mata dan dahi.


PATAH
Kecederaan seperti patah mana-mana anggota badan yang menimpa bayi berumur kurang dari setahun. Bagi memstikan kecederaan fizikal yang dialami itu disebabkan oleh perbuatan, maka sejarah trauma dan kemalangan si mangsa dirujuk. Tanda yang paling jelas kelihatan pada fizikal kanak-kanak yang didera adalah patah tulang rusuk dan tulang pinggang.


MELECUR DAN KULIT TERBAKAR
Para pendera didapati cenderung menggunakan putung rokok dan air panas terhadap kanak-kanak. Ada diantara pendera menggunakan seterika panas, arang yang membara atau benda-benda lain yang panas.


MATA
Kcederaan pada mata kanak-kanak kebanyakan bersebab daripada pendarahan retina dan kesan daripada tumbukan dan pukulan yang kuat ataupun hentakan dan goncangan yang melampau.


TANDA-TANDA PENDERAAN SEKSUAL
Tanda-tanda seseorang kanak-kanak yang didera secara seksual dapat diperhatikan melalui tanda-tanda fizikal pada badan dan kelainan tingkah laku.


TANDA FIZIKAL
Tanda yang paling jelas bagi kanak-kanak yang didera secara fizikal adalah mengandung ataupun sakit perut. Mereka juga menunjukkan kesan pendarahan pada alat kelamin atau anus, iaitu kesan-kesan merah di sekitar kemaluan. Kanak-kanak yang mendapat kecederaan lebam, luka dan bengkak di kawasan genital atau oral iaitu mulut pada kelazimannya akan berasa sakit dan itdak selesa pada bahagian-bahagian tersebut. Ini juga antara tanda-tanda berlakunya penderaan seksual. Kesan daripada penderaan seksual ini adalah mangsa akan mendapat jangkitan pada saluran kencing dan sukar membuang air kecil.


TINGKAH LAKU
Kanak-kanak yang ternoda akan menunjukkan beberapa kelainan tingkah laku seperti ketakutan pada perkara-perkara yang tidak berasas, selalu menangis atau mendiamkan diri serta bersikap pasif dan pesimis terhadap alam persekitaran.  Kanak-kanak yang menuujukkan kematangan dan pengetahuan seks yang tinggi
berbanding umurnya juga menjadi suatu bukti kukuh betapa kanak-kanak itu sudah dan pernah mengalami aktiviti seks sama ada secara paksa atau rela.
Kanak-kanak yang mempunyai pengalaman secara seksual akan menunjukkan tingkah laku menggoda terutamanya dalam pergaulan dengan rakan-rakan sebaya. Pengalaman yang mereka perolehi itu akan menyebabkan mereka cepat sedar dan peka terhadap sentuhan-sentuhan yang tidak normal atau tingkah laku yang mempunyai isyarat-isyarat seksual tertentu.
Lantaran itu kanak-kanak ini mungkin tidak mahu di telanjangi sama ada untuk pemeriksaan doktor ataupun sewaktu mandi.




TANDA-TANDA PENDERAAN EMOSI
Penderaan emosi adalah satu ‘trauma’. Perkataan trauma berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘ditebuk’.


TANDA FIZIKAL
Kulit yang pecah (skin is broken) ataupun sesuatu yang sempurna (intact) telah dicerobohi. Dalam erti kata yang lain, perkataan ini juga bermaksud kekerasan telah berlaku sehingga mengakibatkan kesan buruk untuk jangka masa yang panjang kepada organisme berkenaan.
Penderaan emosi adalah satu trauma psikologi yang mencerobohi lilitan dan lapisan perlindungan minda sehingga minda seseorang itu terganggu untuk jangka masa pendek atau panjang mengikut keamatan trauma yang berlaku.


TANDA TINGKAH LAKU
Perasaan tidak berdaya akan timbul, kuasa pada diri sendiri akan tergugat, sistem perlindungan dalam diri akan gagal, disintegrasi sistem badan akan berlaku dan seterusnya membawa kepada kesakitan mental setiap kali ingatan mengimbas kembali episod pahit yang dilalui dahulu.
Mangsa tidak mengadu emosi mereka didera dan simptom yang wujud pada mereka pula tidak spesifik. Manakala, pemeriksaan pada tubuh badan mereka tidak menunjukkan penemuan yang khusus dan tidak ada kecederaan yang boleh dilihat secara zahir. Yang ketara, mereka melalui kelainan dalam perkembangan diri terutama sekali pada personaliti mereka. Walaupun sukar dikesan, penderaan emosi tetap menjadi fokus
dalam kerja klinikal dan perundangan perubatan terutamanya dalam bidang psikiatri.

FAKTOR BERLAKUNYA PENDERAAN KANAK-KANAK

Faktor berlakunya penderaan kanak-kanak adalah seperti berikut :

  • Ekonomi
  • Taraf Pendidikan Keluarga
  • Keadaan Rumah
  • Jumlah Adik beradik
Ekonomi
Faktor ekonomi bermaksud jumlah pendapatan keluarga bagi mengenalpasti sama ada mangsa berasal dari keluarga yang mempunyai keadan stabil atu sebaliknya. Dalam konteks ini klasifikasi dilakukan berdasarkan jumlah pendapatan iaitu di bawah RM 300.00 sebulan, diantara RM 300.00- RM 800.00 sebulan dan RM 800.00 – RM 1200.00
sebulan. ( Soal selidik Halijah Bt Ijom, Fakulti Psikologi UKM Bangi 1998/1999 )


Taraf Pendidikan Keluarga
Taraf Pendidikan bermaksud tahap pembelajaran atau pendidikan formal yang diterima. Dalam konteks ini taraf pendidikan di kategorikan samada tidak pernah bersekolah, sekolah rendah iaitu pernah bersekolah diantara darjah 1 hingga darjah 6, sekolah menengah rendah yang bermaksud bersekolah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 ( Soal selidik Halijah Bt Ijom, Fakulti Psikologi UKM Bangi 1998/1999 )


Keadaan Rumah
Keadaan rumah yang diperhatikan adalah jumlah bilik samada rumah atau tempat tinggal kanak-kanak tersebut tiada bilik tidur, mengandungi sebuah bilik tidur, dua buah bilik tidur, atau tiga bilik tidur atau lebih. Dari segi jenis rumah pula dibahagikan kepada rumah kampung, rumah flat atau setinggan.


Jumlah adik beradik
Tumpuan kepada bilangan adik beradik supaya dapat dilakukan perbandingan dan untuk mengetahui samada jumlah adik beradik yang ramai atau sebaliknya mempengaruhi kejadian ini.

PENDERAAN KANAK-KANAK

KONSEP PENDERAAN KANAK-KANAK

Para pengkaji penderaan kanak-kanak melihat terdapat pelbagai jenis penderaan kanak-kanak yang saling berkait rapat. Jenis penderaan akan dipecahkan kepada empat kategori seperti berikut :-
• Penderaan Fizikal
• Penderaan Seksual
• Penderaan Emosi
• Pengabaian kanak-kanak

Penderaan Fizikal
Penderaan fizikal sebagai satu fenomena sosial yang ditakrifkan sebagai keganasan secara fizikal terhadap kanak-kanak oleh ibubapa , penjaga atau sesiapa sahaja yang bertanggungjawab melindungi kanak-kanak tersebut.

Ammermen dan Hersen ( 1990: 26 ) berpendapat bahawa ” faktor tambahan yang memainkan peranan dalam mendisiplinkan penderaan fizikal termasuk pendekatan disiplin dikalangan ibubapa , keceraan yang dialami, kesan pada tingkah laku dan keseriusan kecederaan kanak-kanak. Pemboleh ubah penting yang perlu diuji adalah bentuk niat yang menyebabkan mereka didera ataupun kecederaan fizikal dan digabungkan dengan situasi keluarga yang melakukannya menyebabkan definisi penderaan fizikal menjadi kompleks.

Akta Kanak-Kanak 2001 pula mentakrifkan bahawa seseorang kanak-kanak dicederakan daripada segi fizikal jika ada kecederaan dan boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu yang didalilkan antara lain, laserasi, konstusi, lelasan, parut, patah atau kecederaan tulang lain, dislokasi, seliuh pendarahan,
pecah viskus, luka terbakar, melecur, hilang atau berubah kesedaran atau fungsi fisiologi seperti gugur rambut atau gigi.

Pakar perubatan yang mendefinisikan penderaan fizikal sebagai tindakan yang boleh menyebabkan kecederaan seperti pendarahan otak, lebam yang teruk, kecacatan akibat perderaan fizikal, retak dan patah tulang, bekas gigitan, lecur dan terbakar dicucuh putung rokok. Disamping itu kajian pihak hospital ada membuktikan bahawa penderaan fizikal boleh membawa maut kepada dua kumpulan kanak-kanak iaitu kanakkanak cacat sejak dilahirkan dan juga kanak-kanak cacat akibat penderaan tersebut.

Menurut Mohd Sham Kasim ( 1994 ) cara dan alat yang digunakan untuk mendera selain memukul manggunakan tangan, dirotan, disebat, digigit, disimbah air panas, dicucuh dengan besi atau benda panas, puntung rokok atau ubat nyamuk, dirantai, diikat, dikurung, dikunci didalam bilik atau rumah, ditumbuk, disepak, diterajang, dicubit, dikepit, atau dipulaskan telinga dan sebagainya.

Pakar perubatan juga mendapati kadangkala penderaan fizikal mempunyai hubungkait dengan
lain-lain jenis penderaan seksual, emosional dan pengabaian kanak-kanak.

Penderaan Seksual
Penderaan seksual merujuk segala bentuk aktiviti seksual yang mempunyai tujuan memenuhi nafsu seks orang dewasa, melalui pornografi, gambar, perakam suara filem, Perakam video atau mengeploitasi bahagian sulit kanak-kanak. Penderaan seksual melibatkan kanak-kanak adalah dengan cara mencabul kehormatannya, dirogol dan dipaksa melacur.

Akta Kanak-Kanak 2001 mentakrifkan bahawa seseorang yang terlibat dalam kes penderaan seksual kanak-kanak adalah apabila dia mengambil bahagian sama ada sebagai peserta atau pemerhati dalam apa-apa aktiviti yang bersifat seks bagi maksud apa-apa bahan pornograf, rakaman, filem, pita, video atau persembahan yang bersifat pornografi, lucah, atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.

Menurut Schecheter dan Roberge (1976) dalam sesetengah hal kanak-kanak menjadi mangsa penderaan seksual di kalangan keluarga seperti sumbang muhrim, contohnya atau bagi upacara ritual tertentu.

Menurut Finkelhor pula (1979 :23 ) faktor-faktor lain yang perlu diberi perhatian mengenai penderaan seksual adalah umur pelaku, bentuk perlakuan atau kejadian, samada mangsa mengizinkan pelakuan tersebut, umur mangsa, jantina dan hubungan mangsa dengan pelaku dan akibat perlakuan tersebut atau kejadian terhadap kanakkanak tersebut.

Beberapa ahli psikologi berpendapat bentuk penderaan ini akan membawa implikasi buruk kepada perkembangan emosi seseornag kanak-kanak yang mangsa penderaan ( Davidson dan Nicol, 1993 :47,) oleh yang demikian penderaan seksual mempunyai kaitan erat dengan penderaan emosional.

Penderaan Emosi
Penderaan emosional merujuk kepada bentuk gangguan psikologi terutama dari segi mental dan emosional, samada didera atau dianayai oleh ahli keluarga yang terlibat. Emosi adalah rasa dalaman yang dapat dilihat sebagai sedih, marah, meradang, benci, geram, sakit dan sebagainya ( lihat Kieran O’ Hagen 1993:22 ).

Penderaan emosional merangkumi tidak memberi kasih sayang yang cukup atau membenci kanak-kanak tersebut, kanak-kanak tidak dihiraukan, tidak dilayan kerenahnya, pergaulan mereka disekat misalnya tidak dibenarkan berkawan atau bermain sesama mereka, mereka sering dimarahi, ditakut-takuti dan ahli keluarga bermusuhan dengan kanak-kanak.

Akta Kanak-Kanak 2001 mentakrifkan bahawa seseorang kanak-kanak dicederakan daripada segi emosi apabila ada gangguan yang ketara atau boleh dilihat pada fungsi mental dan emosi kanak-kanak itu yang didalilkan antara lain, kelcelaruan mental atau tingkah laku termasuk keresahan, kemurungan, penyendirian atau tumbesaran yang lambat.

Penderaan emosional dikalsifikasikan sebagai penderaan atau pengabaian apabila ianya mencapai tahap ekstrem atau melibatkan bentuk penderaan yang lain.

Menurut Whiting (1976 :3 ), punca utama kanak-kanak terganggu secara emosi adalah disebabkan oleh ibubapa ; penderaan bentuk ini berlaku apabila kanak-kanak tersebut dihalang atau tidak memberi rawatan yang sewajarnya oleh ibubapa atau penjaganya. Bentuk penderaan ini sukar dikenalpasti. Ianya dapat dilihat bertahaptahap melalui tingkah laku mengikut perkembngan umur kanak-kanak.

Menurut Skus (1993:28) penderaan emosi bermula sejak mangsa berumur 6 hingga 8 bulan, umur prasekolah, umur persekolahan dan umur remaja.  Setiap perkembangan umur kanak-kanak akan menunjukkan perubahan tingkah laku yang aneh. Contohnya pada umur persekolahan mangsa sering ponteng sekolah, tidak berminat terhadap pelajaran, kelihatan murung, suka mengasingkan diri dan
sebagainya.

Implikasi yang lain dapat dilihat pada kes penderaan emosi adalah pengabaian
ibubapa atau pendera terhadap kanak-kanak tersebut

Pengabaian Kanak-kanak
Pengabaian kanak-kanak merujuk kepada pengabaian terhadap penjagaan kanak-kanak daripada segi keperluan asas seperti keselamatan, makanan berkhasiat, pendidikan, rawatan emosi dan fizikal ( Ammerman dan Hersen ,1990:28 ). Salah satu contoh adalah kanak-kanak yang dipaksa bekerja.

Akta Kanak-Kanak 2001 mentkrifkan pengabaian kanak-kanak sebagai membiarkan sesorang kanak-kanak tanpa pengawasan dan pemeliharaan yang berpatutan bagi akan kanak-kanak itu, termasuk tidak menyediakan makanan dengan secukupnya memberi pakaian, rawatan keshatan atau tempat kediaman yang sempurna. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan merasa tersisih dan tidak tentu arah. Oleh itu kanak-kanak berkenaan mempunyai perasaab takut apbila berhadapan dengan orang lain dan mereka
akan berkelakuan ganjil. Mereka takut menjalani kehidupan ini dan sentiasa mengasingkan diri.

Menurut Kieran O’ Heagen (1993:101) keadaan seumpama itu menyebabkan tekanan jiwa kepada kanak-kanak mengasa penganiayaan. Kanak-kanak yang teraniaya terutama yang berumur 6 hingga 9 tahun keatas selalunya mengalamigangguan emosi dan personaliti.

Kebanyakan pendera adalah ibubapa kandung atau penjaga rapat kepada kanak-kanak yang menhadapi masalah tekanan jiwa atau pemabuk.  Pengabaian kanak-kanak bukan sahaja mengganggu psikologi kanak-kanak, malah boleh mengganggu perkembangan tumbesaran mereka.

Menurut Skuse, (1993:31) kanak-kanak didera dan diabaikan untuk jangka masa yang lama akan membantutkan tumbesaran; dikenali sebagai ’ disoders of biological rhythms’ contohnya kanak-kanak menjadi pendek dan kurus. Konsep penderaan dan pengabaian yang saling berkait ini di pengaruhi oleh pelbagai faktor.

KONSEP AWAL MATEMATIK DI PRASEKOLAH

Konsep awal matematik di peringkat prasekolah terahagi kepada :


  • pranombor
  • nombor
  • pengukuran
  • konsep masa
  • konsep ruang


PRANOMBOR


Terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu :


  • pengelasan
  • perbandingan
  • seriasi
  • padanan satu dengan satu
  • pola
  • keabadian


Pengelasan


Pengelasan adalah pengumpulan objek dalam kelas atau subkelas berdasarkan ciri-ciri yang jelas. Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan mengumpulkan objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan. Klasifikasi objek boleh dilakukan berdasarkan:
· Satu ciri (contoh: warna atau bentuk atau saiz)
· Dua ciri (contoh: warna dan bentuk atau warna dan saiz)
· Tiga ciri (contoh: warna, bentuk dan saiz)
· Negatif (contoh: objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu)


Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan cara menyusun mengikut susunan mudah dan mengumpulkan mengikut bentuk, saiz, warna, corak, dan fungsi. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah dengan mencampurkan semua barang-barang bersama. Kanak-kanak perlu mengasingkan barang-barang tersebut dalam kumpulan atau set yang berbeza.


 Aktiviti pengelasan adalah proses penting untuk membentuk konsep nombor.
Proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap;
· Memilih dan membanding,
· Mengumpul,
· Memilih semula,
· Mengasingkan kumpulan, dan
· Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep.


Perbandingan


Perbandingan adalah proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tertentu sebagai asas perbandingan (Gibbs dan Castadena, 1975). Perbandingan berlaku apabila kita membandingkan ciri-ciri kuantitatif dan kualitatif dua objek. Tujuannya adalah untuk memastikan murid-murid menguasai konsep yang selalu digunakan dalam perbandingan seperti lebih banyak, lebih kurang dan lebih tinggi.


Contoh perbandingan: membandingkan
1) Ukuran
– Panjang : pendek
– Tinggi : rendah
– Tebal : nipis
2) Saiz
– Besar : kecil
3) Berat
– Berat : ringan
4) Bilangan / kuantiti
– Banyak : sedikit
5)Jenis objek


Seriasi


Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan kriteria yang jelas. Tujuannya adalah untuk memastikan susunan turutan yang betul. Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan.


Contoh seriasi:
· Menyusun mengikut pola urutan
Kecil – besar, nipis – tebal, rendah – tinggi, pendek – panjang, sempit – luas.
· Menyusun objek mengikut ciri


Padanan Satu dengan Satu


Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada konsep memadan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan, pasangan dan sebagainya, objek dengan nombor dan nombor dengan nombor. Memadan bilangan objek dengan simbol juga adalah sebahagian daripada konsep padanan satu dengan satu.


Contoh padanan satu dengan satu;
· Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut.
· Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu dengan
sudu.
· Memadan bilangan yang sama.
· Memadan bilangan objek dengan simbol nombor.


Pola


Salah satu aspek dalam matematik adalah mengkaji pola. Contohnya, dalam kehidupan seharian kita, ada waktu siang dan waktu malam. Terdapat empat cara bagaimana konsep pola boleh dikembangkan dalam diri murid;
· Meniru pola,
· Menyambung pola,
· Melengkapkan pola, dan
· Membina pola sendiri.


Keabadian


Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim, isipadu, dan keluasan. Tujuan konsep keabadian diperkenalkan adalah untuk memastikan murid-murid memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletakkan, disusun atau diatur di tempat atau keadaan yang berbeza.




NOMBOR


Nombor memainkan peranan penting dalam pembelajaran matematik. Nombor adalah sesuatu yang dikaitkan dengan kuantiti, kesedaran yang melibatkan konsep dari mudah ke kompleks. Nombor boleh dipecahkan kepada :


  • membilang
  • konsep nombor
  • operasi nombor


Membilang


Membilang adalah satu proses yang rumit dan memerlukan ketelitian yang mana murid-murid memberikan nama bagi sesuatu nilai nombor. Terdapat empat prinsip membilang yang perlu dikuasai oleh murid sebelum mereka dapat membilang secara rasional dan bukan secara hafalan. Empat prinsip ini adalah;
· Prinsip padanan satu dengan satu, di mana murid dapat memadankan satu
objek dengan satu nama nombor,
· Prinsip susunan nombor yang mengikut urutan (stable order) iaitu bermula dari 1,
2, 3,... dan seterusnya,
· Prinsip Cardinal iaitu nama dan nombor yang terakhir adalah jumlah objek yang
dibilang, dan
· Order Irrelevance (ketakberkaitan) iaitu boleh memulakan pengiraan dari manamana
kedudukan.


Untuk menjadi pembilang yang rasional, murid harus menguasai keempat-empat prinsip
tersebut.


Konsep Nombor


Konsep nombor disimpulkan oleh pemikiran seseorang daripada kumpulan atau kumpulan benda yang dilihat. Konsep nombor menggambarkan bilangan atau banyaknya benda bagi sesuatu kumpulan iaitu sifat kuantiti benda tersebut manakala angka adalah simbol atau tanda yang mewakili serta menggambarkan konsep nombor.


Sistem nombor yang digunakan hari ini mempunyai empat ciri penting iaitu;
- Nilai tempat – kedudukan digit mewakili nilai tertentu.
- Asas sepuluh – bermaksud koleksi sepuluh yang mempunyai 10 digit dari sifar ke sembilan.
- Penggunaan sifar – Simbol untuk sifar yang menyatakan sesuatu yang tidak wujud.
- Mempunyai nilai tambah
- Nombor boleh ditambah berdasarkan nilai tempat.


Operasi Nombor


Pembelajaran operasi nombor melibatkan konsep tambah (+) dan tolak (-). Konsep asas bagi operasi tambah ialah proses dua himpunan yang disatukan dan menjadi jumlah tertentu. Manakalan konsep tolak adalah apabila satu himpunan objek dikeluarkan sebahagian daripadanya. Prasyarat sebelum mengajar operasi nombor adalah;
- Membilang – berdasarkan 4 prinsip membilang secara rasional.
- Pengalaman konkrit – operasi dimulakan dengan bahan maujud secara bergambar atau simbol.
- Konteks penyelesaian masalah
- Satu situasi penyelesaian masalah diberi.
- Penggunaan bahasa yang betul
- Bahasa yang betul perlu digunakan supaya operasi itu lebih bermakna.


Operasi nombor terbahagi kepada 2 iaitu :


(a) Operasi Tambah
Operasi tambah merupakan gabungan antara dua set objek. Guru boleh menggunakan pendekatan ELPS (Experience, Language, Picture, Symbol) ketika mengajar operasi tambah. Pengalaman konkrit diberikan di samping penggunaan yang betul bagi mewakili operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol.


Contoh:
- Menggunakan objek konkrit.
- Menggunakan bahasa yang betul.  Contohnya Tiga tambah lima sama dengan lapan.
- Menggunakan gambar untuk mewakili nombor-nombor tersebut.
- Menggunakan simbol untuk mewakili operasi tersebut. 3 + 5 = 8


(b) Operasi Tolak
Operasi tolak mempunyai beberapa makna atau pengertian seperti berikut:
- Memisahkan atau mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan dan melihatkan baki yang tinggal.


- Membandingkan dan mencari perbezaan. Ini melibatkan dua kuantiti dan
melibatkan perbezaan.


- Berapa lagi yang diperlukan. Ini melibatkan satu kuantiti keseluruhan yang mana satu bahagian telah diketahui dan kita perlu ketahui bahagian yang tinggal. Nyatakan berapa yang perlu ditambah kepada 3 untuk mendapat 8. ?+ 3 = 8




PENGUKURAN


Pengukuran adalah satu proses di mana satu nombor diberikan kepada ciri (attribute) (contohnya panjang, berat, kapasiti, luas, isipadu, suhu dan masa) sesuatu objek atau peristiwa. Kebolehan mengukur terbentuk daripada pengalaman, pengelasan, perbandingan dan turutan.


Proses aktiviti pengukuran biasanya perlu melibatkan kanak-kanak merekodkan ukuran, membandingkan ukuran dan menceritakan ukuran yang dilakukan. Dua jenis unit boleh digunakan dalam pengukuran iaitu;
- Arbitrari (arbitrary) – contohnya: jengkal, paper clip, tapak kaki, langkah.
- Unit piawai seperti;


  • sentimeter - panjang
  • liter - isipadu
  • kilogram - berat
  • meter persegi - luas
  • darjah celcius - suhu
  • meter padu - isipadu


Terdapat beberapa peringkat untuk mengajar pengukuran iaitu:
- Mengenalpasti ciri (attribute) dengan membandingkan objek secara:
- Pilih satu unit sama ada unit arbitrari atau unit piawai. Kemudian bandingkan objek dengan unit yang dipilih.
- Cari bilangan unit seperti;
✔ Persepsi – perbandingan persepsi tentang panjang (bandingkan dua objek yang mana lebih panjang atau
adakah ia sama panjang)
✔ Secara langsung – guru menyediakan beberapa bahan konkrit seperti klip kertas, krayon, thumbtack dan lain-lain. Kemudian ukur secara terus dan buat perbandingan.
✔ Secara tidak langsung – berasaskan sesuatu rujukan, murid menggunakan tali untuk mengukur bahan panjang. Tali bertindak sebagai bahan pengukur.
- Pilih satu unit sama ada unit arbitrari atau unit piawai. Kemudian bandingkan objek dengan unit yang dipilih.
- Cari bilangan unit seperti;
✔ Membilang menggunakan instrumen tertentu seperti pembaris, jangka suhu, penimbang dan kalendar.
✔ Menggunakan rumus (formula).
- Laporkan bilangan unit.




KONSEP MASA


Masa adalah satu konsep yang abstrak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.  Konsep masa berkait rapat dengan turutan atau seriasi. Turutan peristiwa seperti akhir, pertama, selepas, sebelum dan di antara menunjukkan idea kedudukan seperti pertama, kedua dan ketiga. Masa boleh diukur dengan dua cara iaitu;
· Tempoh masa (peristiwa yang mengambil kira masa ia berlaku).
· Waktu ia berlaku (ketika waktu itu berlaku).


Unit arbitrari untuk pengukuran masa seperti ayunan bandul, titisan air, denyutan jantung dan jam pasir. Unit formal bagi pengukuran masa pula seperti jam, hari, minggu, bulan dan tahun.  Empat pengalaman utama yang berkaitan dengan masa adalah :


- Tempoh Masa (duration) terbahagi kepada pengalaman satu, pengalaman dua dan pengalaman tiga.
*Pengalaman Satu
Memulakan dan menghentikan sesuatu melalui isyarat. Contoh:
· apabila muzik dimainkan, murid mula bertepuk tangan dan berhenti apabila muzik dihentikan.
· kerusi berirama (musical chair)
· statue dance
*Pengalaman Dua
Melalui pengalaman bercerita sesuatu yang berkaitan dengan kadar pergerakan.  Contoh: Pantas, lambat
· Berjalan pantas.
· Berlari dengan perlahan
*Pengalaman Tiga
Membuat perbandingan mengikut sela masa (time interval).  Contoh:
· Masa yang diambil untuk memenuhkan sesuatu bekas dengan air atau pasir.
· Kadar denyutan nadi dalam satu minit.


- Turutan
*Pengalaman Empat
Menjangka, mengingat dan menerangkan turutan peristiwa tertentu. Contoh:
– Dari bayi kepada kanak-kanak kemudian remaja dan dewasa.
– Kitaran hidup rama-rama.
– Kitaran hidup katak.
– Rutin harian.
– Cara-cara membuat sandwich.




KONSEP RUANG


Merujuk kepada sesuatu objek yang terletak dalam ruang seperti depan, belakang, atas, bawah, sisi, tengah, luar dan dalam. Kedudukan relatif;
· Kedekatan (proximity) – contohnya, kereta itu lebih dekat dengan pokok berbanding rumah.
· Pemisahan (separation)
– Contohnya, rumah Abu dipisahkan dengan rumah Ali oleh sebatang jalan raya.
· Susunan / urutan (order)
– Contohnya, pensel disusun dari pendek ke panjang.
· Lingkungan (enclosure)
– Contohnya, rumah itu dilingkungi oleh pokok-pokok.


Dua pengalaman utama bagaimana kanak-kanak prasekolah membina dan memahami perkaitan ruang.
· Tindakan ke atas objek
(a) Mengisi dan mengosongkan,
(b) Memasang dan meleraikan objek,
(c) Menukar bentuk dan menyusun objek.
Contoh: meregang getah, melonggokkan buku, melipat kertas, kain dan lain-lain lagi. Murid menghasilkan bentuk menggunakan papan geo (geoboard).




· Melibatkan pemerhatian dan tafsiran berhubung dengan ruang.
(a) Memerhati orang lain, tempat dan benda daripada titik pandangan ruang yang berbeza.
(b)Mengalami dan menerangkan kedudukan, arah dan jarak di dalam kelas prasekolah dan bangunan di persekitaran.
(c) Mentafsir perhubungan ruang dalam lukisan, gambar dan foto.